“Suzi berusia 25 tahun dan mengalami masalah darah haid yang banyak sejak kelahiran anak sulung  setahun lalu. Walau pun menyusukan bayi,  Suzi telah mengalami haid selepas habis berpantang 44 hari dan haidnya berpanjangan sehingga 14 hari. Setiap dia memerlukan kira-kira 40 - 50 keping tuala wanita. Darah yang keluar juga berketul-ketul seperti hati ayam. Dia kerap letih dan kpucat. Kulit juga kusam dan menjadi kasar akibat kehilangan banyak darah”

 

Haid ialah pengeluaran secara berkala darah dan dinding rahim melalui faraj. Namun bagi kebanyakan wanita akan mengalami kelambatan haid selepas bersalin iaitu lactational amenorrhea.

Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Columbia Asia Seremban, kira-kira 90% wanita tidak mengalami haid ketika menyusu bayi sepenuhnya.  Jadi masalah yang dihadapi oleh Suzi di atas hanya dilalui oleh kira-kira 10% wanita sahaja. Jumlah haid yang banyak agak membimbangkan kerana boleh menngakibatkan masalah kesihatan lain seperti masalah anemia.

Antara penyebab yang boleh menyebabkan kehilangan banyak darah yang banyak ketika haid adalah:

 

1) MASALAH HORMON

Penyakit kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) boleh menyerang sesiapa sahaja. Tidak kira sebelum atau selepas hamil. Punca penyakit ini berlaku selalunya tidak diketahui tetapi wanita yang mengalami hypothyroidism biasanya mengalami gejala-gejala seperti berikut:

  1. Haid yang banyak.
  2. Kulit yang kusam dan kasar.
  3. Rambut menjadi kasar.
  4. Tingkah laku dan pergerakan menjadi perlahan.
  5. Murung.
  6. Berat badan meningkat.

Wanita yang mempunyai simptom ini perlu bertemu dengan doktor, untuk mengenal pasti masalah ini. Sekiranya disahkan mengalami hypothyroidism anda akan diberi ubat L-thyroxine. Dengan pengambilan ubat ini, gejala-gejala yang disebut tadi akan hilang  anda akan sembuh seperti sedia kala.

 

2) MASALAH RAHIM

Salah satu penyebab haid yang banyak ialah masalah rahim mungkin mengalami masalah rahim iaitu fibroid atau adenomysosis. Kedua-dua masalah ini dikaitkan dengan darah haid yang banyak berbanding biasa. Hanya dengan pemeriksaan ultrasound sahaja, doktor dapat mengenal pasti sama ada puan mempunyai masalah ini.

 

3) MASALAH PANGKAL RAHIM.

Lakukan ujian pap smear segera lakukannya selepas haid kering. Salah satu gejala kanser pangkal rahim adalah darah haid yang banyak dan pap smear merupakan ujian saringan untuk kanser pangkal rahim.

Pada waktu yang sama anda perlu meminta doktor memastikan tahap hemoglobin Jika hemoglobin rendah, anda pasti mudah penat. Di dalam keadaan ini,  makan zat besi dan vitamin-vitamin yang lain untuk memulihkan kesihatan.