Biasanya, kehamilan terhasil daripada persenyawaan antara sperma dan ovum yang membentuk embrio. Namun, perkara ini tidak berlaku dan menyebabkan terjadinya kehamilan anggur. Apakah kehamilan anggur ini berbahaya?

 

5 FAKTA TENTANG KEHAMILAN ANGGUR

  1. Kehamilan anggur dianggap kehamilan abnormal kerana kegagalan bakal janin, mola hidatinosa terbentuk dengan sempurna.
  2. Keadaan itu mengakibatkan rahim kosong dan janin yang belum terbentuk terserap masuk dalam tubuh ibu.
  3. Sebaliknya, saluran yang mengalirkan darah dan nutrisi tetap tumbuh dan menggelembung.
  4. Gelembung-gelembung yang terbentuk ini mirip dengan gugusan buah anggur. Kerana itulah kehamilan abnormal ini dikenali sebagai kehamilan anggur ataupun kandungan molar.
  5. Gelembung-gelembung mengandungi cecair ini akan membesar seiring dengan usia kehamilan ibu.

 

FAKTOR KEHAMILAN ANGGUR

Penyebab utama kehamilan anggur belum lagi dapat dikenalpasti dengan tepat. Namun, penyelidik menyuarakan beberapa faktor yang membolehkan kehamilan anggur terjadi. Antaranya;

  1. Gizi dan nutrisi kepada janin yang terganggu.
  2. Ibu yang terdedah kepada bahan kimia, racun ataupun gas.
  3. Perbezaan golongan darah antara ayah dan ibu.
  4. Kromosom yang belum jelas.
  5. Gangguan pada ketahanan tubuh (imunologi).
  6. Sejarah keluarga yang pernah mengalami kehamilan anggur.

 

SIMPTOM KEHAMILAN ANGGUR

Pada kehamilan anggur, gejala-gejala tanda kehamilan yang dirasakan hamper sama dengan kehamilan normal. Namun, ada perbezaan yang membuat kita ragu itu bukannya kehamilan normal yang biasa. Antara gejalanya ialah;

  1. Kadar Hormon Chorionic Gonadotropin (HCG) tinggi.
  2. Darah tinggi sebelum usia kandungan minggu ke-24.
  3. Kandungan kelihatan lebih besar. Contohnya, hamil tiga bulan tetapi kelihatan seperti enam bulan.
  4. Alahan yang luar biasa pada trimester pertama.
  5. Berlaku pendarahan berulang dan keluar gelembung cecair.
  6. Ibu tidak merasa pergerakan janin langsung kerana memang tiada janin yang terbentuk melainkan gelembung cecair.

 

RAWATAN

  1. Sel-sel cecair yang mirip anggur ini perlu dikeluarkan mengikut prosedur tertentu. Bagi kehamilan molar ini, kaedah pendilatan dan pengkuretan (D&C) adalah rawatan yang paling berkesan.
  2. Selepas itu, rawatan susulan wajib dijalankan bagi mengesan sama ada cecair itu masih aktif atau hilang sepenuhnya.
  3. Pastikan HCG menunjukkan hasil negatif sebanyak tiga kali. Sekiranya HCG masih tinggi, rawatan kemoterapi perlu diambil untuk menghapuskan sel-sel molar.

 

Kehamilan anggur berpotensi menjadi sejenis kanser yang dikenali choriocarcinoma. Oleh itu, ibu yang mengalami kandungan molar ini perlu melakukan rawatan yang bersesuaian agar ia tidak menjadi lebih serius.

Selain itu, ibu yang hamil anggur juga dinasihatkan agar tidak hamil lagi dalam tempoh satu tahun selepas selesai rawatan kerana dikhuatiri ia akan berulang mahupun menjadi lebih serius seperti kanser.