Selain rawatan moden, anda boleh mendapatkan rawatan secara tradisional sebagai usaha mendapatkan zuriat. Menurut Puan Bariah Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ina, bidan berdaftar yang memberikan perkhidmatan untuk wanita selepas bersalin dan juga ingin hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan tradisional yang biasa dilakukan oleh wanita untuk merawat kesuburan.

 

Urutan

Urutan sangat penting untuk melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan penghasilan hormon bagi perempuan dan lelaki juga.

 

Makan herba dan rempah ratus

Makanan herba dan rempah ratus adalah baik untuk sistem dalaman badan.

Amalan makan herba dan rempah ratus adalah baik untuk sistem dalaman badan. Pastikan herba yang akan diambil sesuai dan baik untuk diamalkan.

 

Bertangas

Bertangas bukan sahaja baik untuk wanita berpantang, malah turut disarankan bagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Antara khasiat bertangas bagi perempuan adalah memulihkan sistem peranakan.

 

Bertungku

Sama seperti bertangas, bertungku dapat melancarkan darah di dalam badan selain membuang lemak dan angin di sekitar rahim. Ia dapat membantu anda untuk hamil.