Apabila isteri sudah berbadan dua, tentunya dia mula akan mengalami perubahan dari segi fizikal. Perubahan fizikal dan hormon juga kadangkala menggugat kestabilan emosi. Justeru para suami, jangan salah sangka terhadap isteri. Ia tidak dibuat-buat tapi keadaan-keadaan ini memang boleh terjadi semasa mengandung. Fahami mereka dan jangan berat tulang untuk membantu.

 

MORNING SICKNESS

Kehamilan menyebabkan keadaan isteri muntah-muntah terutama sekali pada trimester pertama. Suami perlu faham dan sedia membantu si isteri terutama sekali dalam menguruskan rumah tangga. Malah ada isteri yang menghadapi hiperemesis gravidarum yang menyebabkan keadaan muntah yang teruk dan tidak boleh menerima makanan langsung.

Jika isteri sering muntah, cadangkan supaya dia makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Berikan kudapan seperti biskut kering sejurus selepas bangun tidur untuk elakkan mual dan muntah pada waktu pagi. Hindari makanan pedas dan berlemak untuk mengelakkan muntah yang kerap.

 

TIDAK BERTENAGA & MUDAH LETIH

Sepanjang trimester pertama, tubuh isteri bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badannya  sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan sistem sokongan hayat bagi bayi. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme isteri juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkannya menjadi terlalu letih.

Bantu isteri untuk mendapat rehat yang lebih daripada biasa. Sediakan makanan yang bernutrien dengan 200 hingga 300kalori lebih daripada biasa serta tidur malam lebih awal. Jangan lupa minum lebih banyak air! Kebanyakan wanita akan  kembali bertenaga dalam trimester kedua dan akan letih semula dalam bulan ketujuh iaitu trimester ketiga.

 

MAKAN LEBIH DARIPADA BIASA

Selera makan isteri yang sedang hamil akan meningkat lebih daripada biasa. Jangan pula suami komen “Banyaknya awak makan” atau “Awak ni, tak takut gemuk ke?”Pertanyaan sebegini boleh buat si isteri berkecil hati.

Tahukah anda selera makan isteri memang meningkat terutama sekali selepas trimester pertama? Apabila memasuki usia empat bulan iaitu trimester kedua, mabuk dan mual hilang dan ini selera makannya meningkat. Jadi para suami bantulah isteri untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat untuk dirinya dan tumbesaran bayi. Elakkan kerap memakan makanan yang pedas, terlalu berminyak. berlemak dan bergula.


MOOD SWING

Kadangkala isteri jadi kurang sabar dan mudah marah semasa hamil. Suami jangan pula melenting! Mood swing selalu terjadi. Ini kerana hormon progesteron yang banyak menyebabkan kelupaan dan isteri kadangkala lost seketika. Ada juga kajian yang mengatakan wanita hamil mengalami baby brain di mana otak wanita hamil menghampiri ciri seakan-akan otak kanak-kanak.

Banyakkan bersabar dengan isteri untuk mengelakkan pertengkaran dan perkara-perkara yang tidak diingini kepada hubungan anda.

 

KERAP KE TANDAS

Bila hamil, si isteri semakin kerap kerulang-alik ke tandas kerana kencing pada waktu malam. Ia dipanggil  noctoria. Ia berlaku hormon dan peningkatan peredaran darah melalui buah pinggang isteri.

Ia kerap berlaku pada trimester pertama dan ketiga kehamilan. Apabila bayi membesar, jumlah darah dan cecair lain dalam badan si ibu juga akan bertambah. Buah pinggang isteri akan bekerja lebih kuat untuk menghapuskan bahan buangan, dan ini menerangkan mengapa anda lebih kerap membuang air kecil.

Dalam tiga bulan pertama kehamilan, rahimnya membesar dan memberikan tekanan kepada pundi kencing. Sekitar bulan keempat, uterus akan naik sehingga ke bahagian perut. Ini mengurangkan tekanan terhadap pundi kencing, tetapi hanya untuk sementara. Dalam minggu-minggu terakhir kehamilan, keinginan untuk membuang air akan kembali kerana rahim yang membesar dan bayi sudah memenuhi pelvis. Tekanan terhadap pundi kencing ini akan berterusan sehinggalah bayi anda dilahirkan.

Jadi suami, jangan marah jika tidur anda kerap terganggu sekiranya lampu bilik kerap terpasang kerana isteri bangun untuk ke tandas sebelah malam.

 

MELUDAH ATAU MEMBUANG AIR LIUR PADA KERTAS TISU

Ya. Air liur terhasil lebih banyak semasa hamil. Sesetengah wanita menelan air liur lebih kerap daripada yang lain dan ini boleh menjadi satu masalah bagi sesetengah wanita. Keadaan ini memanggilnya ptialisme, atau sialorea gravidarum.

Air liur yang banyak sering kali berkait rapat dengan loya (mabuk hamil) dan muntah-muntah yang teruk (hiperemesis gravidarum). Ini biasa berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan. Namun tidak kurang juga ibu yang tidak boleh menelan air lir sebaliknya meludahkannya atau membuangnya pada kertas tisu. Suami jangan jengkel dengan keadaan ini!

 

TIADA KEINGINAN UNTUK BERHUBUNGAN INTIM

Perubahan-perubahan besar dalam badan isteri sudah tentu akan mengubah kehidupan seks. Bagi setengah wanita, mereka rasa lebih seksi daripada biasa kerana tidak perlu bimbang tentang konsepsi dan pencegah kehamilan. Tetapi bagi sesetengah yang lain pula hanya merasa terlalu letih atau tiada keinginan untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua, nafsu seks yang meningkat dan mungkin akan menurun semula di trimester ketiga kerana memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang. Ada juga sesetengah wanita merasakan dirinya tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami.

 

KEJANG KAKI

Apakah yang menyebabkan kejang kaki?Semasa hamil, jantung, buah pinggang dan sistem peredaran dalam badan isteri  bekerja lebih kuat. Otot-otot juga menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat, dan keadaan ini memberi tekanan kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki yang keletihan akan menegang dan kejang, terutamanya pada trimester kedua dan ketiga. Kesakitan ini boleh menyebabkan wanita hamil kerap tersedar daripada tidur pada waktu malam. Mengambil banyak makanan mengandungi fosforus  dan terlalu sedikit kalsium dan potassium dalam darah uga boleh menjadi penyebab. Rahim yang anda mengembang,  juga memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki isteri.  Jadi papa bantulah mama sekiranya mereka tiba-tiba mengalami kejang kaki di waktu malam. Bantunya untuk bangun bediri dan meluruskan kaki supaya kekejangan hilang.