Faktor pemakanan memainkan peranan untuk kesuburan setiap suami dan isteri. Antara makanan yang boleh meningkatkan kesuburan adalah:

 

1.Bayam

Bayam serta sayuran hijau berfungsi menambah keperluan asid folik di dalam badan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat. Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar tetap sihat.

 

2. Avokado

Sebiji avokado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga fungsi saraf. Ia juga dapat membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan anda.

 

3. Madu

Madu merupakan makanan yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah.

 

4. Asparagus

Sayuran ini mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggang dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.

 

5. Tiram

Hidupan laut ini mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

 

6. Halia dan lengkuas

Sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejakulasi diri, merangsang ereksi dan melancarkan peredaran darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.

 

7. Kurma

Kurma yang juga merupakan makanan sunah baik untuk diamalkan. Ia boleh meningkatkan kesuburan untuk anda dan pasangan.

 

8. Bawang putih

Bawang jenis ini mempunyai khasiat boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

 

9. Kubis, lobak merah, brokoli, kacang hijau, keledek merah

Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosteron.

 

10. Betik, jambu batu, buah naga, tembikai, buah limau nipis

Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.