'Sejak anak pertama berusia dua tahun Juita mula berusaha untuk mendapatkan anak kedua. Beberapa tahun selepas bersalinkan anak pertama, haid Juita tidak menentu, berat badannya meningkat.  Kini setelah tiga tahun Juita 'mencuba' dia masih belum hamil. Apa yang ‘menghalang’ Juita untuk hamil lagi?'

 

Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Seremban, masalah kesuburan sekunder atau "secondary infertility" berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.

 

BUAT PEMERIKSAAN

Bagi kes seperti Juita, puncanya hanya oleh dikesan dengan pemeriksaan dan penyiasatan kepadanya dan suaminya. Ia akan melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah. Dalam pemeriksaan terbabit, tentang badan yang makin bertambah, masalah haid yang tidak teratur dan darah haid yang keluar berketul-ketul akan dipertimbangkan & diambil kira oleh doktor yang merawat puan.

 

MENGESAN OVULASI UNTUK HAMIL

Dr Norintan juga menekankan bahawa haid yang tidak teratur bukan bermakna wanita tidak menghasilkan telur atau benih. Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang (tidak tetap) sehingga menyebabkan pasangan suami isteri sukar untuk menentukan bilakah waktu subur (waktu ovulasi)  untuk mengadakan hubungan intim. Anda yang sedang berusaha hamil dan sukar untuk bolehlah menentukan waktu subur menggunakan penguji ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!

 

Sekiranya penguji ovulasi menunjukkan puan tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau "transvaginal ultrasound" untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.

 

PEMERIKSAAN DARAH

Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant follicle memerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), hyper atau hypo-thyroidism atau hyperprolactinemia. Doktor akan juga akan membuat ujian bagi mengesan sama ada anda menghidap kencing manis atau tidak. Jika ada, masalah kencing manis ini wajib dirawat dan distabilkan sebelum cuba untuk hamil.

 

PEMERIKSAAN ORGAN REPRODUKTIF

Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ia menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%! Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan.

Ujian hysterosalphingogram (HSG) perlu dilakukan ke atas pesakit untuk memeriksa salur fallopio. Jika kedua -dua salur fallopio didapati tersumbat,  pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur fallopio pesakit normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.

 

INFO: Kira-kira 33% pasangan yang menghadapi masalah untuk hamil di dalam kategori unexplained infertility. Mereka lulus ujian kesuburan tetapi masih belum hamil.