Soalan:

Saya sedang hamil 12 minggu dan ingin makan nanas. Benarkah ia boleh menyebabkan keguguran?

 

Jawapan:

Nanas adalah buah tropika yang kaya dengan serat, mineral dan vitamin C. Ia juga mengandungi manganese iaitu mineral penting untuk kesihatan tulang, otot dan saraf tubuh.

Tidak semua wanita boleh mengalami masalah keguguran selepas memakan nanas. Namun begitu, wanita hamil perlu berhati-hati ketika memakan nanas terutamanya yang berada dalam usia awal kehamilan. Keguguran boleh berlaku walaupun hanya memakan seulas buah nanas. Kebanyakan kes keguguran berlaku kepada wanita yang mempunyai rahim sensitif dan tidak kuat.

Bagi wanita yang berada di awal  dan pertengahan usia kehamilan, saya cadangkan agar elakkan pengambilan nanas. Ia boleh merangsang pengecutan otot rahhim dan seterusnya menyebabkan keguguran. Malah, ia juga boleh menjadi penyebab bayi dilahirkan secara pramatang.

Oleh sebab itu, wanita hamil perlu hati-hati untuk memakan nanas. Orang lain mungkin tidak mengalami apa-apa, tetapi itu tidak bererti ia selamat untuk anda.

Jika tetap mahu makan nanas, ambillah dalam jumlah yang sedikit. Jika mengalami sakit perut dan pendarahan, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Soalan ini dijawab oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad