Siapa kata ibu berpantang tidak boleh ambil sayur? Ketika berpantang, ibu-ibu jangan lupa makan sayur bagi mendapatkan keperluan vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk pemulihan diri dan penghasilan susu ibu yang berkualiti. Serat juga penting untuk membantu ibu rasa kenyang lama.

SAYUR SAWI MASAK BENING

Sayur sawi adalah sejenis sayur berdaun hijau yang boleh dimakan semasa pantang. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaannya. Mudah sangat!

Bahan-bahan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

  • ½ ikat sawi (disiang dan cuci)
  • ½ batang lobak merah (potong bulat)
  • 2 ulas bawang merah kecil (hiris)
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • Sesudu besar ikan bilis (disiang dan cuci)
  • 500ml air
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan

  1. Satukan air, bawang besar,  dan ikan bilis di dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan sesuaikan rasanya.
  3. Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas-panas.

Enak dijadikan makan untuk makan tengah hari atau petang. Dimakan begitu sahaja juga sedap! Selamat mencuba!

 

10SAYUR ELAK DIMAKAN SEMASA BERPANTANG

Banyak sayur-sayuran yang boleh dimakan, Cuma elakkan yang berangin dan sejuk selama 100 hari selepas kelahiran kerana boleh menyebabkan bentan dan bisa pada sendi. ia juga dipercayai menjadi penyebab kepada masalah berkaitan sendi seperti arthritis, rheumatoid arthritis, reumatisme  dan osteoarthritis dalam jangka masa panjang.

Antara sayur-sayuran yang berangin dan sejuk ialah seperti berikut;

  1. Kubis
  2. Bayam, terung,
  3. Kacang panjang
  4. Labu (semua jenis)
  5. Tauge
  6. Mentimun
  7. Bunga kubis
  8. Petola
  9. Petai dan jering
  10. Kangkung