Kanak-kanak yang sedang membesar iaitu pada peringkat usia tiga atau empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik dan kadang kala ia memeningkan kepala ibu dan ayah. Tabiat tersebut perlu dipantau dan dibetulkan. Bahkan pembetulan tersebut bukan hanya boleh sekali, ia mesti kerap diingatkan kepada kanak-kanak ini.

Antara 20 tabiat pelik yang sering dilakukan kanak-kanak usia 3 - 4 tahun adalah seperti berikut:

1. Suka menghisap/menggigit hujung kain/pakaian.

2. Masih menyusu walaupun susu ibu sudah tiada serta menggentel puting payu dara ibu.

3. Menggigit kuku.

4. Merasa tahi hidung sendiri.

5. Memakai kasut atau baju secara terbalik.

6. Membutangkan baju secara senget.

7. Menghantukkan kepala ke dinding andai kehendak tidak dipenuhi.

8. Makan dengan tangan kiri.

9. Makan bersepah-sepah.

10.Cakap terbalik dengan ayat tidak tersusun.

11.Menggaru atau menyentuh alat sulit.

12.Kelam kabut.

13.Suka menyampuk.

14.Menunjukkan perangai bukan kebiasaan di hadapan orang lain.

15.Tidak boleh duduk diam.

16.Membaca atau menulis dengan posisi kepala di atas lantai.

17.Menonton televisyen dalam jarak dekat.

18.Suka bermain dengan tali dan membuat ikatan.

Sebenarnya dalam perkembangan si manja, memiliki tabiat yang sukar dikikis bukanlah kesalahan yang besar pada peringkat usia tersebut. Ketika ini mereka sedang meneroka dan mencuba bermacam perkara baru.

Jangan risau, kerana ia adalah perkara normal bagi kanak-kanak usia tiga hingga empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik. Ketika ini mereka sedang mempelajari pelbagai perkara seperti kemahiran mengurus diri dan membantu diri sendiri.

Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengharapkan anak untuk melaksanakan semua perkara dengan baik dan sempurna kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Mungkin tip berikut boleh membantu anda mengurangkan rasa pening kepala menghadapi kerenah pelik mereka.

a. Berikan masa untuk belajar.

b. Jangan menghukum sebaliknya disiplinkan.

c. Teruskan mengajar dan bersabar.

d. Penerangan sebab dan akibat.

e. Berikan pujian kepada anak.

Semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dalam melahirkan anak-anak yang cemeralng.