Masalah keputihan adalah perkara normal yang dialami oleh kebanyakan wanita. Malahan adakalanya ia semakin ‘menjadi-jadi’ saat diri berbadan dua. Banyak faktor yang menyebabkan wanita mengalami keputihan termasuk pemakanan, gaya hidup dan pemikiran.

Namun, memang diakui masalah keputihan akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri. Jika masalah keputihan yang anda alami tidak kronik, mungkin kebimbangan anda tidak terlalu memuncak seperti mana mereka yang mengalami masalah keputihan teruk dan berbahaya.

Sememangnya ada beberapa masalah keputihan berbahaya yang merupakan satu gejala penyakit tertentu. Oleh itu penting bagi wanita mengetahui cara membezakan antara keputihan normal dan berbahaya.

Keputihan normal adalah selaput lender organ reproduksi termasuk rahim, pangkal rahim dan vagina. Ciri-cirinya pula adalah cairan lendir yang jernih tetapi sedikit keruh.

Sekiranya keputihan yang anda alami bebentuk lender kental, bergumpal-gumpal, berwarna hijau, kuning, berasa gatal dan berbau hamis, segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Ini kerana ditakuti keputihan disebabkan berlaku jangkitan bakteria pada kawasan vagina yang boleh mengundang bahaya.