Dalam memberi peluang anak mengoptimumkan segala perkembangannya ibu bapa harus menitikberatkan soal keselamatan dalam rumah. Biarlah rumah tak dihias cantik dengan objek-objek berbahaya, asalkan anak kita bebas meneroka di dalam rumah.

Begitu juga dalam pemilihan mainan, pastikan ia selamat untuk anak. Perkongsian dari Puan Sakinah Hamid dalam blognya sakinahamid.com antara panduan untuk ibu bapa. Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan ialah

1) Tiada bucu tajam

Kulit bayi masih nipis dan lembut. Tersilap cara pegang, anak mungkin akan terluka. Ia sedikit sebanyak akan membantutkan minat dan keberanian anak untuk meneroka.

2) Tidak mudah pecah / rapuh

Mainan untuk kanak-kanak yang sebaiknya adalah dari kualiti yang baik. Bayi 1 tahun sudah mempunyai kecenderungan untuk menggigit, melempar, mengetuk, memijak mainan dan lain-lain. Mainan yang rapuh & mudah pecah akan mendedahkan anak kepada bahaya tercucuk cebisan yang pecah.

3) Ringan

Pastikan material yang dipilih adalah dari plastik berkualiti atau kayu ringan. Mainan dari kayu atau bahan logam boleh mencederakan kaki bayi jika terlepas semasa memegangnya.

4) Saiz besar

Pada usia 1 tahun, penggunaan deria mulut untuk bereksplorasi masih lagi dominon. Pilih mainan yang bersaiz besar, tidak mudah ditelan oleh bayi. Mainan seperti guli dan bola-bola kecil sebolehnya tiada di rumah yang mempunyai anak kecil.

5) Pastikan mainan yang mempunyai guli/objek kecil hanya boleh bergerak di dalam gelung.

6) Jika mainan mempunyai tali, pastikan tali itu tidak terlalu  panjang yang boleh akibatkan bayi terjerut leher

7) Elakkan mainan yang mengandungi air

JIka memilih mainan seperti teether, pilihlah yang mengandungi gel. Mainan yang mengandungi gelembung air akan merangsang anak untuk menggigit dengan geram, sehingga boleh menyebabkan kebocoran pada teether