Khabar gembira untuk penumpang yang menaiki pesawat Air Asia. Anda boleh menikmati penjimatan bukan sahaja pada pembelian tiket tetapi juga apabila membuat pra-tempah makanan kombo SANTAN.

 

AirAsia telah melancarkan 'kombo SANTAN' terbaru yang terdiri daripada pilihan makanan yang menyelerakan serta minuman percuma kini tersedia untuk pra-tempah dengan harga baru serendah RM10 untuk penerbangan AirAsia Berhad (AK), dan dari RM15 untuk penerbangan AirAsia X Berhad (D7).

 

Penjimatan sebanyak RM5. Menarik bukan?

 

Bahkan mereka yang membuat pra-tempah kombo ini turut berpeluang menikmati nilai yang lebih hebat kerana boleh memilih minuman seperti air berkarbonat yang menyegarkan, air mineral atau kopi (hanya untuk penerbangan melebihi 90 minit sahaja).

 

Kombo SANTAN mempunyai lebih 15 pilihan makanan pra-tempah dari pelbagai hidangan negara Asean dan antarabangsa. Antara pilihan makanan baru untuk kombo SANTAN adalah Ayam Berinti Southwest. Manakala dengan penerbangan AirAsia X Berhad (D7), tetamu boleh pra-tempah makanan 'Grandma's Chicken Pie'.

 

Pra-tempah makanan boleh dibuat sehingga 24 jam sebelum jadual waktu pelepasan di airasia.com melalui tab 'Urus Tempahan Saya'.

 

Jangan lepaskan promosi ini! Tempah sekarang.

#AirAsiaFREESEATS kini bermula.

Tempah segera dari 14-20 November 2016

3 juta tiket untuk dihabiskan

Tempahlah untuk kemana-mana destinasi dalam dan luar negara.