Pemakanan adalah faktor mustahak untuk meningkatkan kesuburan. Kajian saintifik menunjukkan perubahan diet boleh membantu ovulasi, mengurangkan risiko keguguran dan menyokong kehamilan.  Ada lima perkara yang perlu diamalkan dan lima yang patut dielakkan untuk subur.

 

Perlu di amalkan

1.     Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya antioksidan dan zat untuk kesuburan seperti asid folik, vitamin C dan serat.

2.     Kajian yang dijalankan oleh fakulti perubatan Harvard mendapati mengambil vitamin pranatal meningkatkan peluang untuk hamil.

3.     Pilih makanan yang organik seperti sayur-sayuran, daging, produk tenusu, buah dan sayur.

4.     Ambil omega 3 EFA untuk penghasilan hormon dan perkembangan otak janin. Sebaik-baiknya dari sumber makanan segar seperti ikan dan kekacang.

5.     Utamakan makan yang banyak serat kerana ia membantu tubuh boleh menyingkirkan lebihan hormon.

 

Perlu di elakkan

1.     Elakkan makanan yang diperbuat daripada kacang soya seperti serbuk protein, susu soya dan daging disuntik hormon kerana ia boleh menyebabkan estrogen berlebihan dalam tubuh.

2.     Kajian menunjukkan mengambil lebih dari dua cawan kopi sehari meningkatkan risiko keguguran sebanyak dua kali ganda.

3.     Katakan tidak kepada makanan yang diubah genetik (genetically modified organism-GMO). Ia terutama sekali jagung dan soya. Jagung paling banyak dijumpai di dalam makanan berproses.

4.     Elakkan makanan bergula ringkas seperti gula putih, makanan manis dan kerana ia mengganggu keseimbangan hormon.

5.     Penggunaan bekas plastik yang tipis seperti botol air menggalakkan pembebasan bahan menyerupai estrogen kepada makanan dan minuman. Ia seterusnya menyebabkan gangguan hormon dalam badan.