"Aariz meh makan nasi. Mama dah masak sup ayam ni. Sedap..."

"Nanak...nanak mamam nasi..."

"Hish budak ni macam-macam mama dah masak tapi tetap tak nak makan."

Ibu-ibu yang ada bayi atau anak dah besar tak suka makan tentu susah hati memikirkan kemungkinan anak akan kekurangan khasiat tertentu. Dah puas mencuba pelbagai cara nak tarik anak suka makan tapi dia tetap menolaknya. Apa nak buat?

Mungkin ibu kena cuba pula menu makanan yang lari dari kebiasaan iaitu hidangan nasi dan lauk untuk menarik selera si manja. Perkongsian menu daripada Puan Yatie Eimra untuk anak yang tak suka makan mungkin boleh dicuba.

Mommies yg de masalah baby xnak/susah makan/cerewet & berat badan xcukup bolehlah cuba resepi ni.. Manelah taw kot² ade yang serasi..

Memang stres kan sebab masak macam² pun anak makan sesuap-2 xpn langsung xnk mkn.. Resepi yang sy share ni byk berunsurkan beras/tepung beras/susu supaya boleh mengenyangkan walaupun si manja makan dalam kuantiti yang sikit jer. Dan pastinyer dalam portion yang kecil (seminimum mungkin) sebab si kecik mmg susah nak makan..

Anak² yg cerewet bab makan (picky/selective eater) ni bkn je xcukup zat, tp boleh alami masalah yg lg serius seperti anemia, masalah tulang & proses pembesaran anak pn boleh terganggu. Sebab tu pentingnya cari menu yg anak boleh makan.. (anak sy kalau kategori suka -die sendiri yg mintak lg & boleh mkn separuh hidangan. Kategori 'boleh makan aka boleh telan' =die mkn 4-5 sudu baby pastu xnak dah, kategori xsuke =makan sesudu terus ludah) huhu..

Sebenarnya sebelum ni dh beberapa kali bawa anak jumpa pakar pemakanan sebab xcukup berat. Pakar pemakanan jelaskan waktu snek sebenarnya penting bg proses pembesaran bayi/kanak² terutama anak² cerewet makan. Antaranya ialah

* Membantu menampung keperluan zat & nutrisi harian

* Membantu kurangkan rasa lapar supaya anak xasyik meragam je

* Sebagai sumber kalori & tenaga utk anak²

* Kadang² anak rasa bosan nak duduk diam menghadap makanan je nak² kalau mkn pn kena paksa. So waktu snek merupakan waktu yang lebih 'sempoi'-- waktu bermain & kunyah² (wpun mommies tetap kena pantau ank mkn)

* Bila kerap makan snek/kudapan ringan² ni, sesetengah bayi/kanak² akan 'timbul' rasa nak makan gak nanti

Tapi ape pun, masa kudapan mestilah diantara waktu makan utama supaya tak kurangkan nafsu makan si manja & mesti dlm kuantiti yg sikit (supaya anak xrasa stres utk habiskan)

Mungkin ada antara mommies yg si kecik (10bln++) dh xnak makan makanan baby/segala puri & bubur. So mommies bolehlah tgk2 menu yg sesuai dgn usia si manja:-)

1.Onigiri/Arancini a.k.a Nasi Kepal

Mommies mesti buntu kan kalau anak asyik xnak makan nasi je.. Macam² cara sy buat nk bg anak makan nasi punye pasal.. Ni salah satu trick yg saya buat.. Syukur, alhamdulillah, berjaya gak buat die habiskan nasi ??

Sy buat nasi kepal guna lauk yg die xnak makan tu.. ^_^ Sy gaulkan nasi bersama lauk (kuah letak sikit² je) + sedikit kentang rebus yg dah dilecek (sebagai agen pelekat). Pastu bulat² & leperkan. Bakar dlm pan dgn sikit minyak zaitun hingga keperangan. Dalam seminggu 2-3x gak sy buat cara ni.. Anak buat kudap² sambil main/tgk tv.. Kekadang sambung mkn smpai petang.. & kekadang bawak bekal g shopping/masa travel jugak ??

Nasi kepal ni adalah penyelamat sy dikala kebuntuan & emergency ?? Kekadang masak menu baru, die langsung xnk makan. So sy akan buat nasi kepal versi simple mcm kat bawah ni:

Bahan²:

Nasi putih

Serbuk ayam

1 keping cheese (dipotong kecil)

½-1 biji kentang rebus (dilecek)

1 biji telur kuning

Cara²:

1. Gaul semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.

2. Masukkan telur kuning , gaul & biarkan 3-5 minit agar telur meresap ke dalam nasi.

3. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam frying pan dengan api perlahan. Bulat²kan nasi menggunakan sudu & leperkan di atas frying pan tadi. Bakar hingga keperangan.

*kalau nk guna telur utk salut nasi kepal pn boleh. Jadi ala² begedil gitu..

2. Bubur Tepung Beras (6m++)

1 sudu besar tepung beras

½ cawan susu ibu/susu formula (4 oz)

Cara²:

1) Larutkan tepung beras dalam susu.

2) Kacau di atas api perlahan hingga sedikit pekat. Tutup api.

*Untuk bayi 8bln++ boleh masak sampai likat sikit

*Ini hanya resepi asas, boleh tambah sedikit puri buah untuk variasikan rasa

*Bubur ni mengenyangkan baby & boleh tambah berat badan.. Skrg baru cuba.. huhuu ?? Yang sy buat ni dah ditambah puri pisang

3. Kastad Susu (dari 8bln++)

1 sudu teh tepung jagung

½ cawan susu formula/susu ibu (4oz)

1 bj kuning telur

Cara²:

1) Gaulkan kuning telur bersama tepung jagung, ketepikan.

2) Panaskan susu di dalam periuk dengan api perlahan.

3) Ambil 4-5 sudu susu panas (xperlu tunggu mendidih) dan masukkan ke dalam bancuhan kuning telur tadi. Ini bertujuan untuk memanaskan kuning telur tanpa terus memasaknya & elak telur jadi berketul.

4) Kacau sebati. Tuang semula adunan telur+susu ke dalam periuk.

5) Masak semula adunan hingga likat (mengikut kesesuaian usia bayi anda).

*tambah sedikit puri buah untuk variasikan rasa ??

*kalau simpan dlm fridge tahan 2 hari. dimakan sejuk atau pnskn semula sblm bg baby

*Untuk tambah kalori, boleh tambah sesudu kecil unsalted butter

4. Puding Roti Kukus (dari 8bln++)

4 keping roti

1½ cawan susu formula/susu ibu

1 sudu besar unsalted butter

2 biji telur

sedikit puri buah (xkisahlah buah ape, janji anak suke)

sedikit kismis/kurma (dicincang)

Cara²:

1) Panaskan pengukus (sy gune elektrik lunch box jer).

2) Rendam roti dalam susu, ketepikan. (terpulang nak potong dulu roti ke sy hancur2kan dgn sudu jer bile dah kembang)

3) Masukkan butter, telur dan puri buah (saya guna kurma) dalam mangkuk lain. Kacau sebati.

3) Campurkan adunan telur ke dalam rendaman roti tadi. Kacau rata.

4) Masukkan adunan ke dalam mangkuk/loyang yang telah disapu dgn sedikit butter. Tabur kismis/kurma sebagai hiasan.

5) Kukus 15-20 minit atau sehingga masak.

*Si kecik ni suka kalau buat puding roti lembik² sikit sebab senang die nk telan tanpa kunyah.. Baby xde gigi pn senang makan ??

Sumber: Facebook Yatie Eimra