Mungkin ada ibu-ibu beranak kecil terutama bayi bawah usia 12 bulan risau tentang bab makan anak bila travel balik kampung untuk menyambut hari raya. Bimbang tak sempat nak sediakan makanan bayi yang segar dan berkhasiat.

Dalam masa yang sama kalau boleh tak nak guna makanan segera untuk diberikan kepada bayi. Jadi apakah solusi yang boleh memudahkan tugas ibu?

Jangan risau, masih sempat lagi para ibu menyediakan stok makanan mudah untuk dibawa bersama ketika pulang ke kampung. Dengan adanya tiga stok tersebut, anda boleh sediakan makanan bayi lebih mudah dan pantas walaupun ketika itu berada di rumah orang lain. Tak payah susahkan tuan rumah untuk guna dapur dan gas dia

Resipi mudah daripada Puan Ria Qistina yang dikongsi dalam laman facebook beliau boleh dijadikan panduan kepada semua ibu dalam membuat persiapan makanan si manja.

CARA PENYEDIAAN :

1) Serbuk Beras : Organic Brown Rice, rendam semalaman, keringkan lepas tu sangai dan blend . Simpan dalam peti sejuk.

2) Serbuk Ikan Bilis : Belah ikan bilis, buang tahi & tulang. Rendam 3-4 jam. Keringkan dan sangai. Blend hingga hancur . Simpan dlm peti sejuk

3) Serbuk Ayam : Rebus dada ayam, carik2 isi ayam, keringkan, sangai atas dapur ATAU bakar dlm oven, suhu 180 darjah 20mnt (sampai btul2 garing). Blend pastu simpan dlm peti sejuk.

Smua saya blend dan tapis, yg mana masih kasar, saya blend lagi skali sehingga btul2 jadi serbuk yg halussssss...slamat mencuba.

Dengan tiga bahan asas tersebut, anda hanya perlu tambah sayur-sayuran yang mudah dilenyek halus ke dalam bubur bayi dan siap dimakan.

Sumber: Facebook Ria Qistina