Bila hari raya tentu sahaja kita akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai dan yang pastinya antara juadah yang dihidangkan adalah biskut raya. Bila mama sibuk makan biskut raya, tak perasan ada mata kecil yang memerhati sambil menelan air liur. Kasihan bayi kecil yang melihat.

"Ala, sayang tak boleh makan lagi biskut ni. Adik kan baby lagi."

Ya, bayi memang tak boleh makan biskut raya yang dihidangkan tapi sebenarnya anda boleh sediakan biskut raya untuk bayi juga. Jadi, hari raya nanti bila anda makan biskut raya, bukalah bekalan biskut bayi anda. Tak adalah dia telan air liur sebab teringin nak rasa.

Perkongsian resipi biskut bayi oleh Puan Wawa Wahida ini memang sedap dan berkhasiat. Orang dewasa pun boleh makan. Tapi biskut ini sesuai untuk bayi berusia lapan bulan ke atas sahaja ya!

BISKUT OAT KURMA(sesuai 8m ke atas)

Bahan2:

227g unsalted butter (sy pakai brand anchor) pape brand pn blh

2 cwn tepung atta/unbleched flour

2 cwn tepung jagung

2 tbsp organic oatmeal

Puri kurma ( sy guna 8 biji kurma,nk lebih rasa tambah lg)

Cara2:

1) sy guna mixer,pukul butter n puri kurma sampai kembang.

2) masuk tepung sikit2, putar sampai sebati...uli guna tgn utk dptkan doh. Ok siap

3) terap doh guna acuan pilihan,hehe ummi x berapa nk rajin sbb aisy buat perangai xnk dgn org. Jadi ummi bulat2kan je doh tu kecik2..letak dlm tray, lepas tu ummi tekan dgn garfu.

3) bakar 150° c, 15min @ sampai masak. Bau dia x sabar nk ngap taw.. k selamat mencuba.

Sumber: Facebook Wawa Wahida