"Sejak masuk umur setahun dan dah pandai berjalan, Farhan susah nak makan. Sibuk main je dia. Nurse dah bising berat badan dia makin turun," adu Noris tentang keadaan bayinya.

Mama semua perasan tak bila anak masuk umur setahun akan ada perubahan kepada dirinya termasuk selera makan dan berat badannya. Jika dulu dia mungkin kategori bayi montel tapi bila dah berjalan dan semakin aktif, berat badan anak semakin berkurangan. Selain itu kesibukannya meneroka persekitaran kadangkala membuatkan dia tak selera nak makan atau semakin cerewet bab makan.

Bila mama hidangkan bubur nasi, tak sampai beberapa sudu suap, si comel sudah menolak. Risaunya mama memikirkan keadaan ini. Ia tak boleh dibiarkan berterusan kerana takut anak kurang khasiat makanan untuk tumbesaran yang sihat.

Mama boleh cuba beberapa menu makanan yang disediakan oleh Puan Azzatie Intan Suraya untuk anaknya yang juga mengalami masalah sama. Semoga ia membantu para ibu yang buntu memikirkan apa menu yang boleh membuka selera si manja berusia setahun ke atas.

Assalamualaikum...

Ada mommies2 macam mama? Masuk setahun je dilemma berat badan anak bermula...

Sebenarnya normal bila anak dh dapat kaki, mereka akan menjadi peneroka yg sgt aktif, bygkan ammar start berjalan umur 10 bln stgh, dan dia sgtla aktif...

Berat dia naik secoet coet je, Alhamdulillah berat masih naik... ade ibu2 bgtau mama berat anak diorg turun, skrg dh smpai line kuning.. lg serba x kena bila makan pun x tntu hala, main je kuat...

Antara makanan penambah berat badan anak adalah bnde2 ni:

1) susu - xkisah susu formula ke, susu full cream ke, susu kambing ke..tp anak saya fully breastfeed mama🤔, so acaner???? So kita tmbh susu dlm makanan anak2 😙

2) pisang - sebiji pisang je lbih kurang 27g carbs... serat, potassium & pelawas yg bagus... sbb tu org diet atkin x leh makan pisang 😛

3) daging ayam - protein yg senang dicernakan usus, ammar suka makan ayam 🐓

4) minyak zaiton - utk menumis boleh... minyak zaiton or minyak bijan...kalau anak masih makan bubur,guna extra virgin olive oil, titiskan setitik dua dalam bubur baby, sebagai penambah rasa lemak2.

5) ubi keledek or ubi ubian - mana2 ubi ade carbohydrate complex yg tinggi. Ammar suka chip sweet potato 😛

6) avocado - superfruit !! Pilih kulit yg hitam, scoop pkai sudu dan lenyek2 je. Buat milkshake best (susu + sebiji kurma + avocado) ! Anak suka, berat pun bertambah

7) santan - seawal 9 bulan dh blh intro sesudu santan FRESH dlm bubur baby.. lemak yg sihat kan!

8) telur - sebiji telur rebus lbih kurang 70kcal (org acah2 diet mcm mama ni taulah). Telur adalah protein yg bagus, blh intro seawal 9 bulan, make sure intro kuning dlu baru intro putih.. utk kenalpasti alahan...

9) cheese - sedapnye dapat ratah cheese kan? Hati2 pilih cheese, elakkan processed cheese (cheesedale, cheddar, mozarela) dlm makanan anak2.. processed cheese ni dh dicampor oengawet, perasa, garam dsb...kt supermarket skrg byk natural cheese & cream cheese ( brand emborg, anchor, bega tasty, tatura dsb)

Oklah panjang membebel, nah 5 resipi makanan berat utk baby anda:

Nasi ayam & ayam kurma

Nasi daging & gulai daging

Nasi lemak & kari telur rebus

Nasi minyak & ayam masak merah

Mac n' cheese with mashed potato

Last skali, guna kuasa veto anda sebagai seorang mama utk pastikan anak2 bukak mulut dan berat x turun...

Sumber: Facebook Azzatie Intan Suraya