Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Kalau yang beli di luar tu tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran mereka.

Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20! Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resipi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.

Bahan2 :

1 cawan unbleached flour

2 sudu besar unsalted butter

2 sudu besar olive oil

Air secukupnya

Cara membuat :

1. Gaul semua bahan kecuali air.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh

3. Canai nipis & terap menggunakan acuan pilihan

4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing2

Ok dah siap!

Sumber: Instagram emilia_salim