Ibu-ibu selalu membebel kenapa anak kecil tak suka makan sayur? Cuba ingat balik apa menu yang kita hidangkan masa mereka masih bayi iaitu ketika mula-mula belajar makan. Rasanya semua guna menu makanan segera bayi dan tiada sebarang hidangan berasaskan sayur-sayuran. Jadi bagaimana anak nak suka makan sayur.

Kalau nak anak suka makan sayur, cubalah tiru 'style' ibu ini yang gigih memperkenalkan pelbagai jenis sayur-sayuran kepada anaknya sejak usia bayi. Dengan kreativiti dan usaha tanpa jemu, anaknya membesar sebagai seorang yang tidak cerewet makan, sihat dan cerdik kerana dia mendapat cukup khasiat yang diperlukan untuk membesar.

Jadi, ibu-ibu sekalian jangan malas dan cuba ikut cara Puan Azzatie Intan Suraya yang turut berkongsi bermacam jenis menu puri berasaskan sayur untuk bayinya. Menu ini sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

1. PURI BROKOLI, PEAR, KURMA

Bahan2 : broccoli, pear, kurma 3 biji & autumn food processor

Cara masak:

Buang kulit pear

Brokoli perlu cuci bersih2 ya

Potong dadu

Steam pear dan brokoli selama 25 minit smpai empuk

Dah masak, masukkan kurma dan blend

Masuk dlm bekas 70ml (4 bekas utk 4 hari)

*xperlu tambah air sbb masa steam akan ada percikan air

2. Mixed fruits puree & veges utk kesayangan mama...

Saiz hidangan 70ml : makan tgh hari dan makan malam utk 4-day-rule

♡ POTATO + SPINACH + DATES

Bahan2:

3 biji kentang usa (nk guna potato biasa pun xde hal,mama saje gatal tgn amik yg mahal 😂😂)

Bayam merah

Kurma 7 biji

Cara masak:

Kupas kulit kentang dan rendam dlm air

Basuh bayam bersih

Steam kentang 25 minit

5 minit terakhir, masukkan bayam

Dah masak, masukkan kurma & blend

Masukkan dlm bekas 70 ml (2x makan = 8bekas)

3. PUREE CARROT + SAWI + GREEN PEAS

BAHAN :

baby carrot 4 batang

Daun sawi sahaja 10 helai

Greenpeas 20 batang

Kurma 5

1) buang kulit carrot, potong dadu. Sawi dan greenpeas potong kecik2. Basuh bersih smua bahan

2) steam green peas 10 minit, sawi 10min. Lepas sawi masak, blend sawi, green peas dan kurma.

3) steam carrot 20 minit sampai empuk kemudian blend.

4) dalam bekas lain, tapis carrot utk dapatkan puri halus.

5) blend sekali lg smua bahan utk dptkan puri halus.

6) masukkan dlm bekas 70ml × 2serving per day

4. PUREE EGGPLANT + PEA SPROUT

BAHAN :

Egglant 3 batang

Pea sprout

Kurma 5

1) eggplang dipotong kecik2. Basuh bersih smua bahan

2) steam eggplant 15 min, pea sprout 10min. Lepas masak, blend semua bahan berserta kurma.

3) masukkan dlm bekas 70ml × 2serving per day

5. PUREE POTATO + SPINACH

BAHAN :

4 biji australian potato

20 helai daun bayam

Kurma 5

1) buang kulit potato, potong dadu dan rendam.

2) bayam ambil bahagian daun sahaja. Basuh bersih.

3) steam spinach 10 minit, potato 20 min smpai empuk.

4) blend sekali smua bahan termasuk kurma

6) masukkan dlm bekas 70ml × 2serving per day

Sumber: Facebook Azzatie Intan Suraya