Kalau di rumah anda ada lebihan biskut marie atau digestive yang anak langsung tak pandang, jangan buang biskut tersebut.

Apa kata anda ubah suai biskut tersebut menjadi kudapan sedap yang pasti akan digemari oleh si kecil. Yang penting ia mudah disediakan dan sangat pantas. Ibu pasti senang hati nak mencuba.


Bahan-bahan Indoor S'mores

Biskut marie/biskut digestive atau apa-apa biskut mengikut selera (dihancurkan)
Coklat masakan (dicairkan)
Marshmallow

Cara menyediakan

1. Masukkan biskut dalam acuan mufin. Tekan biskut hingga mampat.



2. Letakkan coklat cair di atasnya.



3. Susun marshmallow.



4. Letak lagi coklat cair. Bakar dalam oven lebih kurang 5-10 minit.



5. Siap untuk dimakan.