Seronok kalau dapat sediakan hidangan minum petang untuk anak. Melihat mulut si comel berselera mengunyah hidangan air tangan ibu memang rasa berbaloi menyinsing lengan memasak di dapur.

Loaf atau roti sesuai untuk kudapan minum petang. Biasanya tentu ibu beli sahaja di kedai. Apa kata sekali sekala sediakan sendiri loaf untuk keluarga kerana ia terjamin berkhasiat, bersih dan yang pasti sedap. Maklumlah air tangan ibu!

Loaf Pisang & Blueberi

Bahan-bahan

1 1/2 (225 gram) cawan tepung gandum (wholemeal flour warna coklat)

1 cawan (220 gram) gula perang

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil bikarbonat soda

2 sudu kecil serbuk kayu manis

1 cawan pisang yang dilenyekkan

1 biji pisang, potong serong untuk hiasan

1 biji telur

1/2 cawan (140 gram) yogurt Greek

1/4 cawan (60 ml) minyak zaitun

1/3 cawan (80 ml) sirap maple

2 sudu kecil esen vanilla

1 cawan (150 gram) blueberi

Cara membuat

1. Campurkan tepung, gula perang, baking powder, bicarbonate of soda, dan serbuk kayu manis dalam mangkuk.

2. Tambahkan pisang lenyek, telur, yogurt, minyak, sirap maple, vanilla dan kacau sebati.

3. Masukkan blueberi dan gaul sehingga rata.

4. Masukkan adunan ke dalam bekas loaf yang sudah dialas dengan kertas pembakar.

5. Susun pisang dipotong serong di atas adunan dan tabur dengan gula perang.

6. Bakar selama sejam - 1 jam 10 minit atau sehingga loaf berwarna kecoklatan.

7. Biarkan sejuk kira-kira 10 minit sebelum dipotong.