Setiap ibu mesti 'excited' menanti hari si manja berusia 6 bulan. Maklumlah akhirnya permata hati kesayangan sudah mula makan. Ini bermaksud ibu sudah boleh berkreatif sediakan makanan untuk si manja. Dengan penggunaan Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender, masakan ibu kini lebih mudah dan pantas!

Berikut adalah 4 resepi pantas dan berkhasiat khas untuk si comel.

1)  Puri buah-buahan

Seawal usia 6 bulan, sistem pencernaan bayi masih belum matang. Oleh itu, menu pengenalan yang paling sesuai adalah makanan yang mudah dihadam iaitu buah-buahan! Antara buah-buahan yang sesuai untuk “baby’s first solid food” adalah epal, pir, kurma dan pic. Harus diingatkan, bayi berusia 6 bulan tidak perlu disuap dengan solid food sehingga kenyang, kerana diet utama mereka masih lagi susu ibu atau formula, dan solid food hanyalah sekadar makanan tambahan. Cara-cara menyediakan puri adalah sangat mudah!

* Stim buah yang telah dikupas kulit dan dibuang biji

* Kisar dan tapis

* Sedia dimakan!

2)  Puri buah & sayuran

Selain buah-buahan, sayuran hijau juga amat sesuai diberi kepada bayi yang baru mula mengenali solid food. Sayur brokoli dan bayam adalah antara sayuran yang tinggi dengan khasiat vitamin A, vitamin B, vitamin C dan vitamin K serta terkandung antioksidan.

* Stim brokoli dan bayam

* Kisar bersama avocado

* Tapis, dan siap!

3)  Nasi jagung

Sekitar bayi berusia 8 bulan, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan bijirin seperti oat dan nasi. Resepi ketiga ini menggunakan putik jagung ataupun “baby corn”yang tinggi dengan serat. Khasiat serat dapat merangsang sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat sekaligus membantu si kecil mendapat berat badan yang ideal.

* Stim putik jagung menggunakan penggunaan Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender sehingga lembut

* Masak nasi (tidak terlalu keras)

* Kisar dua bahan bersama

* Sedia untuk disajikan!

4)  Pada usia 10 bulan, ibu sudah boleh mula menjadi lebih “adventurous” dalam penyediaan makanan untuk si manja. Resepi seterusnya memerlukan bahan-bahan berikut:

* 60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit

* 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu

* 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu

* 30 g (2 sudu makan) jagung manis

* 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

Cara memasak:

1.  Stim ubi kentang dan lobak merah menggunakan penggunaan Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender sehingga lembut.

2.  Masukkan jagung  dan bawang dan stim lagi selama 2-3 minit.

3.   Masukkan ayam yang sudah direbus.

4.  Kisar campuran sehingga menjadi kasar.

5.  Sedia dihidang.

Ibu mestilah menggunakan pendekatan 4 day rule untuk memastikan sama ada bayi mempunyai sebarang alahan terhadap makanan yang diberikan. Selain itu, ibu juga boleh mengenal pasti apa makanan kegemaran si manja. Selamat mencuba!