Kerja ibu semakin mudah sebab boleh siapkan bubur bayi sepantas 5 minit sahaja. Yang penting ibu sudah siap-siap buat serbuk beras homemade dan tak ketinggalan kiub puri sayur-sayuran dan serbuk ayam. Nak tahu macam mana? Jom tengok cara yang dikongsikan oleh Puan Badariah Baharin ini.

Semalam Mama buat serbuk beras untuk 'Aqeelah. Dah alang-alang buat tu, terus je lah ambil video dan gambar.

Ni Mama kongsikan cara mudah untuk buat bubur nasi untuk baby.

Kalau nak buat hari-hari, memang tak rajin kan? Haa ni kita buat terus serbuk beras tu untuk sebulan punya stok.

Bila nak masak, cuma perlu letak:

✔ 1 sudu besar serbuk beras

✔ 1 sudu kecil serbuk ayam

✔ 1 kiub puree sayur

✔ Air secukupnya

Panaskan je kesemua bahan kat atas ni dengan api perlahan. Dalam 5 minit dah siap!

Pastu selalunya sebelum suap 'Aqeelah makan, Mama akan mix dengan satu sudu kecil VCO.

Nyum nyum!

CARA PENYEDIAAN:

Cara Buat Serbuk Beras:

Basuh beras bersih-bersih.

Sangai sehingga kering.

Kisar sehingga halus.

Tapis dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Cara Buat Serbuk Ayam:

Rebus isi ayam.

Carik isi ayam kecil-kecil.

Sangai sehingga kering.

Kisar sehingga halus.

Tapis dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Cara Buat Kiub Puri:

Steam sayur (carrot/brokoli/etc).

Kisar sehingga halus.

Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan.

Bila dah beku, keluarkan dan masukkan ke dalam ziploc bag.

Cara Buat Bubur Nasi Ekspress:

Campur satu sudu besar serbuk beras, satu sudu kecil serbuk ayam, satu kiub puri sayur pilihan, dan sedikit air.

Masak atas api perlahan.

Dalam 5 minit dah siap!

INFO TAMBAHAN:

1. Untuk baby 6 bulan, start bagi puri buah/sayur dulu. Cuba satu jenis puri untuk 4 hari, kalau baby ok, baru tukar ke puri yang lain pulak.

2. Bila baby dah 8 bulan, boleh start bagi bubur nasi dah. Tapi buat cair-cair dulu. Kang terkejut plak perut baby.

Sumber: Facebook Badariah Baharin