Bila bayi dah 'pass' makan puri sayur dan buah-buahan, kini tibalah masa untuk bagi dia explore tekstur makanan lain pula. Biskut bayi antara jenis makanan yang amat bagus untuk diperkenalkan pada si manja.

Untuk menjimatkan kos dan nak pastikan anak makan makanan yang ibu masak sendiri, maka bolehlah cuba resipi biskut bayi oleh Puan Siti Azura ini. Teramat mudah dibuat dan paling penting berbaloi sebab boleh simpan sebagai stok.

Hari ni berjaya buat biskut untuk aisyah. First time ni buat. Amat mudah buat biskut baby ni.

Baby 8 bulan dah boleh start makan.

Bahan-bahan

3 sudu besar unsalted butter

1 sudu (macam dalam gambar) tepung jagung

1/2 sudu tepung attar

susu ibu atau susu formula

Cara-cara

- Pukul unsalted butter sampai kembang.

- Masukkan tepung jagung dan tepung attar sedikit demi sedikit.

- Masukkan susu ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh.

- Selepas tu bolehlah ditekap dengan acuan (boleh guna macam-macam bentuk acuan).

- Dah siap, bolehlah dibakar dalam oven dengan suhu 120 darjah celcius lebih kurang 15-20 minit.

Bila dah siap simpan dalam bekas bertutup.

Bila anak nak makan

- Ambil dalam 3 or 4 biskut keping tadi dan rendamkan bersama susu suam selama 10 minit. Bila dah kembang, bolehlah dilenyekkan dan siap untuk disuap.

Kalau anak dah tak suka makan biskut yang dilenyek halus, boleh diberi begitu sahaja. Anak boleh gigit biskut itu.

Sumber: Facebook Siti Azura