Waktu sambutan hari raya yang sudah berlalu tentu kita semua sedap menikmati hidangan raya seperti ketupat, sambal kacang dan rendang ayam. Si kecil yang sudah boleh makan tentu teringin sama merasa tapi apa kan daya disebabkan pedas maka mama pun tak bagi pada anak.

Sekarang pula masih lagi ramai yang membuat jamuan rumah terbuka dan pastinya hidangan hari raya akan disajikan sekali lagi. Kalau yang membawa anak kecil bersama, tentu mereka akan kecewa kerana tak dapat merasai lagi hidangan tersebut.

Mama, sebenarnya boleh buat menu raya untuk si kecil dengan kreativiti anda. Kalau tak tahu, anda boleh guna resipi yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Yatie Eimra yang kreatif dan inovatif dalam bab mereka cipta resipi untuk anak kecilnya.

MENU RAYA UNTUK SI KECIL

Musim² raya ni, dah tentulah semua beraya rumah sanak saudara. Boleh katakan setiap rumah ada hidangan kuah kacang. Kesian jugak sebab si kecik ni asyik mintak je. Tapi selalunya kuah kacang yang dihidangkan pedas (bagi si kecik ni la). Kelmarin ummi die ni terlebih rajin nk buat nasi impit kuah kacang dengan ayam bakar madu. Biasa buat kuah kacang macam biasa je, tp sebabkan kesiankan anak (& sebab nak train budak cerewet ni makan jugak), so terhasil lah (termasak lah) kuah kacang versi kekanak ribena ni.. Keh3..

Kuah Kacang Bersantan

Bahan²:

Sedikit isi ayam – dipotong kiub

500 gm kacang tanah – disangai & ditumbuk kasar (ambil ½ cawan untuk dikisar lumat)

3 ulas bawang putih – dikisar

1 biji bawang besar – dikisar

1 inci halia – dikisar

1 inci lengkuas – dikisar

2 batang serai – dititik

Santan pekat

Asam jawa

Air secukupnya

Lain²:

2-3 biji kurma (tak perlu potong)

Garam & gula

Gula merah

Cara²:

1. Tumis bahan² kisar dan serai hingga garing.

2. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar lumat. Tumis seketika.

3. Kemudian masukkan isi ayam dan sedikit air. Biarkan ayam empuk.

Untuk Bayi:

4. Asingkan sedikit kuah kacang & isi ayam untuk bayi.

5. Masukkan buah kurma & tambahkan air secukupnya. Sambung merenih kuah kacang didalam periuk lain dengan api perlahan hingga pecah minyak.

6. Masukkan asam jawa dan santan mengikut selera (kalau nak lebih lemak, lebihkan santan). Biarkan mendidih.

7. Siap dihidangkan bersama nasi impit.

Untuk Famili:

4. Masukkan air, kacang yang telah ditumbuk kasar & sambal tumis mengikut citarasa. Biarkan merenih dengan api perlahan supaya kacang pecah minyak.

5. Tambah santan, dan perasakan dengan asam jawa, gula, gula Melaka dan garam. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

6. Siap dihidangkan bersama nasi impit.

*kalau anak dah 2 thn++ atau dah pandai makan jenis kekacang, xpayah la kisar kacang tu halus sgt.

*kuah kacang haruslah sedikit manis, (tapi jangan manis sangat lak??)

*fungsi kurma dalam kuah kacang baby tu nak bagi rasa manis² sikit. Sy makan si kecik ni punye kuah kacang sedap je. Xrase sangat pn kurmanye sebab tak dihancurkan ??

*kuah kacang ni dah ada ayam, makan camtu aje ngan nasi impit pun dah sedap. Kalau guna daging, laaagiii sedap ??

*sy buat sesiap sambal tumis sebelum masak kuah kacang utk mudahkan kerja. Ni resipi sambal tumis (boleh makan dengan mee kari gak)

Sambal tumis

===========

15 tangkai lada kering (rendam hingga lembut)

2 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut)

3 ulas bawang putih

1 biji bawang

minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

1. Satukan semua bahan di atas, kisar hingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.

3. Perasakan garam dan gulanya.

*Jika suka pedas, boleh gandakan sukatan

Ayam Bakar Madu

===============

Bahan²:

1 ekor ayam - dipotong

4 biji bawang besar – kisar halus

3 inci halia – kisar halus

3 inci lengkuas – kisar halus

6 batang serai – kisar halus

½ cawan madu

Serbuk kunyit secukupnya

1 sudu kecil garam

2 sudu besar limau nipis/cuka epal

Cara²

1. Gaul semua bahan dan sebatikan.

2. Perap sekurang²nya sejam sebelum dibakar.

3. Bakar ayam dalam non stick pan/pemanggang ajaib dengan api sederhana. Jika menggunakan pan, pastikan tutup tudung pan supaya ayam masak sekata & tidak terlalu kering. (sy guna pan jer)

*jika gunakan oven, bakar selama 1 jam dengan suhu 170°c (bergantung oven masing²). Pastikan ayam dibalik²an agar garingnya sekata.

*utk anak kurang dari setahun, gantikan madu dengan 1-2 biji kurma untuk ¼ ekor ayam (buang biji & blend sekali dengan bahan²).