Buah labu adalah sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia.

Labu mempunyai vitamin A dan vitamin C yang paling tinggi di dalamnya selain sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotid dan serat.

Labu juga dikatakan menjadi kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Al-Ghailaniyyat disebut hadis daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.ha. mengkhabarkan,

"Rasulullah s.a.w pernah berkata kepadaku: 'Wahai Aisyah, jika engkau memasak makanan, banyakkanlah labu, sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan.'

Jom cuba buat skon labu berkhasiat dan mengenyangkan untuk hidangan anak anda.

Skon Labu

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil serbuk kayu manis

1/2 cawan kismis

1 cawan labu yang dilenyekkan

60 gram mentega, dicairkan

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar sirap maple

1 cawan rolled oat

Cara membuat

1. Masukkan tepung, baking powder, serbuk kayu manis, dan kismis dalam mangkuk dan gaul semuanya.

2. Dalam mangkuk berasingan masukkan labu, mentega, vanila dan sirap maple dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering, dan guna tangan untuk menguli adunan.

4. Tabur sedikit tepung dan separuh cawan oat di atas papan pemotong.

5. Letak doh skon ke atas taburan tepung dan oat kemudian ratakan adunan.

6. Taburkan sedikit lagi tepung dan oat ke atas doh. Potong skon menggunakan pemotong skon atau sebarang penutup botol yang dicelupkan tepung.

7. Susun skon ke dalam dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.

8. Bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180 darjah celcius atau sehingga berwarna keemasan.

Sesuai untuk hidangan minum petang sekeluarga. Yang penting ia kurang manis dan pastinya sihat untuk pemakanan anda sekeluarga.