Bila bayi anda sudah tumbuh gigi, dia perlu diajar makan makanan yang bertekstur dan bukan hanya disuap puri sahaja. Resipi teething/finger food yang dibuat sendiri lebih terjamin bebas daripada bahan pengawet dan pewarna yang tidak sesuai untuk si manja.

Selain sedap dimakan ia juga bagus untuk melatih otot rahang dan mulut bayi untuk mengunyah. Perkongsian resipi dari Puan Tcer Fahima MN yang dikongsi dalam facebook diharap membantu para ibu

Jejari Roti

Bahan:

Roti

Unsalted butter

Cara Penyediaan:

- Sapu unsalt butter atas roti

- Potong panjang2

- Bakar suhu 160-180c selama 15 minit

Butter cookies

Bahan2:

sebuku unsalted butter (200g rasenye)

1 1/2 cwn tepung atta

1 1/2 cwn tepung jagung

Cara penyediaan:

1. pukul butter sampai kembang..

2. masukkan tepung sikit2 smpai sebati..

3. sy asingkan 1/3 utk perasa original, 2/3 lg sy campurkan dgn 2 oz puree kurma...

4. kalo masih lembik adunan tambah lg tepung jagung @ tepung atta sampai adunan mudah diterap...

5. bakar dlm 25 minit dlm oven, suhu 180... Siapppp...

Soft Bun

Bahan2:

cream cheese 190g n tmbh air 10g nk cpai 200g

tepung 80g

telur 3biji

unsalted butter 2 table spoon

Cara Penyediaan:

1. blend skali sume

2. bakar 15-20minit

cheezy Bread Banana Puding

bahan2 :

2 kpg roti

2 biji pisang

1 biji telur

cheddar cheese

unsalted butter

kismis

Cara Penyediaan:

1. potong roti n sebiji pisang kecik2..

2. sebiji pisang lg blend

3. masukn pisang n roti yg dipotong dlm mngkuk.msukn pisang yg di blend n telur.kacau ratakn. masukn dlm acuan.tabur cheese n hiaskn dgn kismis. bkr 150 drjh selma 20 to 30 minit. kluarkn dr acuan bila dah sejuk.

Sumber: Facebook Tcer Fahima MN