Bila bayi semakin membesar, anak semakin bijak menolak jenis-jenis makanan tertentu. Ibu lah yang perlu bijak berkreatif untuk menarik perhatian anak kecil.

Selain menu berat, menu-menu ringkas tetapi sihat boleh juga dijadikan kudapan untuk anak. Resipi perkongsian Nur Arifah ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Menu dari sembilan hingga 10 bulan. Semuanya sedap-sedap belaka. Jom cuba!


Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Mashed Potato Minced Prawn

Kentang
Mix herbs
Cheese powder
Udang
Telur
Bawang putih
Pak choy

Potong kentang dan rebus hingga empuk. Lenyekkan kentang sehingga halus. Saya guna food chopper.

Campurkan sedikit mix herbs dan cheese powder. Cincang udang dan bawang putih.

Tumis bawang putih kemudian masukkan udang cincang. Masukkan telur dan kacau sehingga hancur.

Masukkan pak choy.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Ikan Dori Sweet Sour

Ikan dori
Mix herbs
Serbuk ikan bilis
Tepung jagung
Bawang putih
Bawang holand
Serai
Daun limau purut (saya tak letak sebab takde)
Tomato
Pakchoy

Potong ikan dori macam finger food. Letak mix herbs dan serbuk ikan bilis.

Salut tepung jagung dan goreng.

Cincang bawang putih dan bawang holand dan tumis

Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan tomato dan sedikit air.

Masukkan pakchoy. *anak saya makan dengan nasi lembik.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Potato Fingers

Kentang
Carrot
Tepung jagung
Ayam cincang
Pakchoy
Serbuk ayam

Potong kentang dan rebus sehingga empuk. Lenyekkan kentang, masukkan carrot, pakchoy, ayam cincang, tepung jagung dan serbuk ayam.

IKLAN

Bentukkan seperti finger food.

Sejukkan sekejap dan goreng.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Roti Telur

Roti wholemeal
Telur
Cheese powder
Chicken powder

Potong roti. Pecahkan telur dan masukkan cheese powder dan chicken powder.

Kacau dan celup roti kemudian goreng.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Baby Noodles Bolognese

Organic noodle (saya guna brand rush baby)
Bawang holand
Tomato
Daging cincang
Mix herbs

Rebus/rendam dalam air panas baby noodle. Tapis noodle dan ketepikan.

Tumis bawang holand yang dicincang sehingga naik bau.

Masukkan daging cincang dan tomato(dicincang).

IKLAN

Masukkan mix herbs.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Chicken Veggies Omelette

Telur
Ayam cincang
Carrot
Pakchoy
Chicken powder

Pecahkan telur dan campur semua bahan lain.

Goreng dalam pan sehingga masak.

Potato Wedges

Kentang
Mix herbs
Cheese powder
Tepung jagung

Potong kentang sebentar. Kalau empuk sangat nanti goreng jadi hancur.

Tabur mix herbs san cheese powder.

Salut dengan sedikit tepung jagung kemudian goreng.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Apam Nasi Berlauk

IKLAN

Nasi
Ayam cincang
Carrot
Pakchoy
Chicken powder

Blend semua bahan di atas. Saya guna food chopper. So, tak hancur sangat.

Masukkan dalam acuan. Tak kisah bentuk apa. Saya guna bekas biasa je.

Kukus sehingga masak.

Keluarkan apam ketika sejuk. Kalau awal nanti hancur.

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Baby Noodle Omelette

Organic noodle (saya guna brand rush baby)
Telur
Bayam
Cheese powder
Tomato cherry

Rebus/rendam noodle dalam air panas. Tapis dan ketepikan.

Pecahkan telur dan masukkan noodle tadi. Kemudian masukkan bayam dan cheese powder.

Panaskan pan dan letakkan acuan. (Saya guna bentuk love. Mummy tak nak guna acuan pon boleh).

Tuang ke dalam acuan tadi dan tabur tomato cherry.

Tunggu betul-betul masak baru balikkan kalau tak nanti hancur.

Selamat mencuba!

Menarik: Bukan Senang-Senang Boleh Beli Barang, Betty Rahmad Didik Anak Sederhana, Tak Belikan Mainan Mahal

Menu Anak 9-10 Bulan Buat Anak Tak Bosan Makan, Semua Sedap-Sedap!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI