Mak-mak yang keletihan menguruskan anak dan rumahtangga pasti adakalanya kalah dengan tubuh sendiri yang terlampau penat. Demam urat biasanya buat ibu terbaring lemah dan lenguh seluruh badan.

Akibatnya bukan hanya tidak mampu berdiri kuat bahkan gagal menguruskan segalanya. Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang sering berkongsi tip cara alami turut berkongsi tip untuk mak-mak.


PETUA DEMAM URAT

Tanda demam nak menyinggah. Badan mula rasa sengal sengal. Sakit urat mula mengaduh sana sini.

Ini petua mudah buat teh untuk legakannya. Amal 1 hingga 2 kali dalam seminggu.

Bahan:
Serai
Halia
Daun pandan (nak bagi wangi)
Madu asli

IKLAN

Petua Atasi Demam Urat, Doktor Kongsi Tip Tradisional, Terus Hilang Lenguh Badan!

Serai tu ketuk ketuk sikit. Dalam 2 batang. Halia sebesar ibu jari potong halus halus. Daun pandan sehelai dua ikat.

Rebus semua ni dalam periuk. Cukup untuk minum seorang. Bila dah sejuk sikit baru masukkan madu.

Menarik: “Paling Lama Dia Bertahan 5 Jam Saja” Bergantung Alat Pernafasan Ke Sekolah, Ibu Mohon Simpati Bantu Anak Sakit Paru-Paru Kronik!

IKLAN

Sedap sebab ada bau wangi daun pandan. Nak lebih, gandakan saja halia dan serai.

Petua Atasi Demam Urat, Doktor Kongsi Tip Tradisional, Terus Hilang Lenguh Badan!

Ini petua paling mudah dibuat. Seeloknya minum bila dah nampak tanda nak demam.

IKLAN

Boleh begitu?

Jangan lupa cuba. Ada baiknya amalkan terlebih dahulu untuk elakkan sengal-sengal dan lemah-lemah badan.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI