Bila disahkan hamil, wanita biasanya teruja dan amat menjaga diri dan pemakanannya. Apa sahaja petua dan tips yang diperolehi mesti sedaya mungkin hendak dicuba. Tetapi mestilah yang selamat sahaja!

Selain mengamalkan petua dan tips untuk diri sendiri, ibu hamil juga suka kalau petua tersebut memberi kesan positif kepada anak dalam kandungan dan yang paling penting memudahkan dia bersalin kelak.

1. Hilangkan rasa loya

Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

2. Kulit anak bersih

Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

3. Inginkan anak berkulit cerah

Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

4. Atasi rekahan kulit semasa hamil

Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

5. Mudah bersalin

Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri atau sekarang beli sahaja Virgin Coconut Oil (VCO) sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari. 

Apa yang penting, ibu hamil mesti konsisten mengamalkan petua berikut di samping menjaga kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Jangan lupa juga banyakkan berdoa kepada Tuhan.