Menderma darah ternyata bermanfaat bukan hanya buat penerima darah tetapi juga buat penderma itu sendiri. Mereka yang sering menderma darah akan memperoleh banyak manfaat kesihatan dari darah yang disumbangkan.

Pertamanya, penderma darah dapat menurunkan risiko penyakit jantung. Hal ini kerana zat besi yang berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan oksidasi kolesterol. Oksidasi ini akan berkumpul pada dinding arteri yang akhirnya boleh memperbesarkan risiko terkena serangan jantung dan strok.

Selain itu, tindakan menderma darah juga dapat membantu tubuh untuk mengurangkan jumlah sel darah merah dalam darah. Anda tidak perlu panik dengan berkurangnya sel darah merah kerana sumsum tulang belakang akan segera menghasilkan darah merah bagi menggantikan sejumlah sel darah merah yang telah hilang.

Sebab itulah menderma darah menjadi langkah yang baik untuk menggalakkan penghasilan darah baru. Bagi yang ingin berdiet, pendermaan darah menjadi langkah yang bijak untuk menjalani program diet.

Hal ini kerana dengan mendermakan sejumlah 450 ml darah anda, ia akan dapat membantu proses pembakaran kalori sehingga 650 kalori. Jumlah ini cukup untuk mengurangi ukur lilit pinggang anda. Tunggu apa lagi, mari kita sama-sama menderma darah.