Pasti ada yang pernah dengar kan orang-orang dulu selalu ingatkan jangan minum air banyak masa berpantang nanti boleh kembang. Apa yang kembang pun kita tak pasti. Badan ke atau dalaman ke? Ada seorang ibu ini pernah mengadu hanya di benarkan minum satu penutup botol sahaja setiap kali makan ketika berpantang. Kesian kan. Masa berpantang sudahlan cepat dahaga tambah lagi yang menyusukan anak.  

Kalau ikut perubatan minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.

Memang benar ibu  akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Namun jangan bimbang kerana Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan LSCS.

Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :

1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
3. Membantu dalam proses nyahtoksin.
4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)

5 Cara Atasi Buasir
1. Cuba elakkan daripada meneran ketika membuang air besar. Regangkan otot lantai pelvik dan tarik nafas dalam.
2. Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan untuk mengiring berbanding menelentang.
3. Keraplah berenang atau lakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah.
4. Minum banyak air dan ambil makanan kaya serat untuk mengelakkan sembelit yang boleh mencetuskan buasir.
5. Jika berlaku buasir, beritahu doktor. Beliau akan memberi anda krim yang dapat meredakan bengkak dan mengurangkan kesakitan.