S : Sejak mengandung saya sangat malas untuk bersolek. Ramai yang menegur wajah saya kelihatan pucat dan tidak berseri. Saya jadi sedih dengan teguran sedemikian. Mungkin puan boleh berkongsi tip kaedah solekan paling mudah dan ringkas yang boleh saya lakukan setiap hari agar wajah saya kelihatan lebih berseri dan bertenaga.

Khaslinda, Seremban.

J :
Memang ramai wanita hamil mengalami masalah sama seperti anda iaitu malas untuk bersolek. Penampilan diri banyak mempengaruhi keadaan sekeliling anda. Jika anda mempunyai masa yang minima untuk bersolek anda boleh cuba bersolek dengan hanya memakai bedak pipi dan gincu. Dengan memakai bedak pipi dan gincu, ia boleh mempengaruhi keseluruhan penampilan wajah anda. Anda boleh menggunakan rona pic atau oren untuk kelihatan segar ataupun produk solekkan merah jambu untuk kelihatan muda. Selamat mencuba.