Soalan:

Saya ingin bertanya tentang vaksin Nasimino Cocers yang iklannya ada disiarkan di televisyen. Adakah vaksin ini diberikan oleh Kementerian Kesihatan atau saya perlu mendapatkannya di klinik/hospital swasta? Saya bimbang jika anak saya terlepas mana-mana vaksin. Kini dia berusia setahun dan mendapat suntikan vaksin daripada klinik kerajaan.

 

Jawapan:

Suntikan yang dimaksudkan itu adalah suntikan pneumococcal. Ia adalah suntikan tambahan dan tidak boleh didapati di klinik kerajaan. Suntikan ini adalah untuk mencegah jangkitan kuman di otak (meningitis), radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan kuman di telinga (otitis media). Anda boleh mendapatkan suntikan tersebut di klinik atau hospital swasta yang berhampiran .