Soalan:

Anak saya berumur enam bulan baru tumbuh gigi. Asalnya dia mengalami demam. Sepanjang tempoh itu, dia asyik meragam. Apa boleh saya lakukan untuk membolehkan dia kembali selesa?

 

Jawapan:

Pertumbuhan gigi bermula sejak usia bayi lagi. Semasa dalam proses pertumbuhan gigi, bayi akan mengalami beberapa ketidakselesaan yang mungkin akan mengganggu mood dan aktiviti sehariannya.  

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh puan lakukan bagi mengatasi ketidakselesaannya itu.

1. Atas nasihat doktor anda boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol.

2. Berikan teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

3. Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makan.

4. Cuba beri dia sesuatu yang keras dan sejuk untuk dikunyah, seperti kepingan keju, buah epal atau lobak merah. Tetapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk menghindari masalah tercekik.

5. Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau gunakan ketulan kecil ais. Namun, hati-hati kerana bayi boleh mengalami masalah frost bite. Alternatifnya anda boleh cuba gunakan sedikit gel teething bebas gula.

6. Peluk dan tenangkannya.

 

Soalan ini dijawab oleh Dr Halina Haron, Doktor Pergigian di Klinik Pergigian Halina, Bangsar, Kuala Lumpur