Soalan

Saya sedang hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini kepada bayi yang akan dilahirkan?

Terima kasih doktor.

Jawapan

Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga, pastikan bayi yang baru lahir nanti diberikan susu badan sahaja. Pemberian sus formula, terutamanya berasaskan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan.

Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit-birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya, dia berkemungkinan besar sedang mengalami alahan.

Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi-bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan sehingga berumur antara sembilan bulan dan setahun, pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak-kanak itu. Malah telur juga hanya boleh diberikan selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.

Makanan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu, bayi tersebut harus diperhatikan timbulnya sebarang alahan seperti kemerah-merahan di sekeliling bibir, batuk-batuk, selesema, cirit, muntah-muntah, gatal-gatal kulit dan sebagainya.

Jika timbul sebarang reaksi, makanan jenis itu hendaklah dihentikan.

Jawapan oleh Dr.Zubaidi Hj Ahmad dari drzubaidi.com