Selepas bersalin, ramai mama bimbang dengan perubahan bentuk payu dara mereka. Untuk pengetahuan mama aktiviti penyusuan bukan punca utama payu dara kendur. Sebaliknya ia disebabkan oleh kehamilan.

Bagi memastikan payu dara sentiasa pejal, anda digalakkan mengamalkan senaman ringkas. Gerakan mudah ini mampu merangsang otot payu dara agar sentiasa tegang dan anjal.

  1. Pusing bahu

Duduk di atas kerusi dengan bahu tegak. Pusing secara membulat pada kedua-dua arah. Ulang sebanyak 12 kali bagi setiap arah.

 

  1. Tekan tapak tangan

Temukan kedua-dua belah telapak tangan dan tekan secara bertentangan pada bahagian tengah tapak tangan. Tahan selama 10 saat baru dilepaskan. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali.

 

  1. Tangan ke atas

Tegakkan kedua bahagian lengan pada sudut 90° dan gerakkan keduanya ke atas dan silangkan bahagian pergelangan tangan setinggi yang boleh. Ulang langkah ini sebanyak 10 hingga 12 kali.

 

  1. Kuatkan  otot dada

Berdiri tegak dan angkat lengan hadapan sehingga paras siku. Cuba tegangkan otot dada dan lengan dengan pergerakan. Kira satu hingga lima kemudian baharu dilepaskan. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.