Majoriti pasangan suami isteri yang baru mendapat cahayamata akan tidur sekatil dengan bayi mereka. Itu memang perkara normal di kalangan masyarakat Malaysia. Mungkin ada yang tidurkan bayi dalam baby cot atau playpen baby yang diletak bersebelahan dengan katil ibu bapa tetapi tidak ramai yang mengamalkan cara tersebut.

Kebanyakan ibu lebih selesa untuk tidur sekatil dengan bayi kerana mudah untuk menyusukan anak pada waktu malam selain anak lebih lena tidur bersebelahan ibu. Tidur sekatil dengan bayi atau dalam istilah pakar disebut co-sleeping baru menjadi popular di negara barat. Ini kerana masyarakat Barat yang bergelar ibu bapa biasa mengajar bayi mereka tidur berasingan di baby cot sama ada di dalam bilik yang sama atau bilik yang berlainan.

Walaupun ada banyak kebaikan kepada ibu dan bayi bila tidur sekatil terutama yang menyusukan anak dengan susu ibu namun pakar tetap mengingatkan ibu bapa agar berhati-hati kerana co-sleeping mempunyai beberapa risiko yang boleh membawa maut kepada bayi akibat lemas dan sukar bernafas kerana tertutup selimut, bantal atau dihempap tangan ibu atau ayah tanpa sengaja.

Sekiranya anda dan bayi tidur sekatil, tolong lakukan bebeberapa perkara ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

1. Bayi baru lahir tak perlu tidur menggunakan bantal, selimut atau hiasan anak patung di sekeliling mereka. Untuk elakkan anak merasa sejuk sekiranya tidur dalam bilik aircond, bedungkan bayi menggunakan bedung tradisional atau moden. Menurut doktor pakar, bayi tak perlu dipakaikan selimut sehingga mereka berusia 12-18 bulan.

2. Permukaan tilam mestilah tegang kerana bayi anda masih terlalu kecil. Tilam yang empuk dan terlalu lembut akan menenggelamkan bayi dan berisiko menyebabkan si kecil lemas dan sukar bernafas.

3. Cadar mestilah dipasang tegang pada katil untuk mengelakkan lebihan fabrik yang terlipat atau bergumpal boleh menyebabkan bayi lemas.

4. Elakkan bayi daripada tidur di atas sofa kerana kusyennya yang lembut dan boleh dialihkan memudahkan bayi terperangkat dan sukar untuk bernafas.

5. Baringkan bayi baru lahir secara terlentang dan bukan meniarap ketika dia tidur. Para pakar memberitahu otak bayi yang masih kecil sukar untuk bertindak balas atau mengalihkan kedudukan kepala sekiranya mereka sukar untuk bernafas. Jika bayi anda tidur secara meniarap dan memusingkan kepalanya dan tersembam di atas tilam, sukar untuk dia membetulkan kedudukannya tanpa bantuan orang dewasa. Keadaan ini berisiko menyebabkan bayi sukar bernafas dan lemas.

6. Jangan menyusukan bayi baru lahir secara berbaring kerana ibu boleh tertidur dan bayi berisiko lemas kerana tertutup selimut, bantal atau payudara ibu sendiri tanpa disedari.

Bayi 7 minggu meninggal ketika menyusu

Seorang ibu, Kristin Hoffmann dari Indianapolis, Amerika Syarikat berkongsi kisah tragis yang berlaku ke atas bayinya. Tabiat bangun tengah malam untuk menyusukan bayi bertukar menjadi satu tragedi menyayat hati.

Satu malam, Kristin bangun seperti biasa untuk menyusukan bayinya John yang berusia tujuh minggu. Dia mengangkat anaknya yang menangis dari katil bayi ke katilnya untuk disusukan. Ketika menyusukan bayinya, Kristin tertidur tanpa sedar dan hanya terbangun keesokkan harinya.

Bila sedar, dia mendapati bayinya sudah meninggal dunia dalam tidurnya. Kristin berkongsi kisah sedihnya dan berharap ia tidak akan berlaku ke atas ibu bapa lain yang ada bayi.

"Bayi lelaki saya terlepas payudara saya ketika menyusu dan tersembam di dalam lipatan cadar katil awal pagi Ahad dan sudah ke syurga," kata Kristin dalam posting di Facebooknya.

Ketika Kristin sedang lena tidur, bayi tersebut mengalami sesak nafas dalam cadarnya.

Sumber: familyshare.com