Anak-anak kecil sekarang sudah pandai mengamuk kalau tak dapat main 'handphone' ibu dan ayah. Kalau dia nak tengok 'handphone' tapi tak dapat, maka dia akan berdrama dan meraung sesuka hati, tak kira kat mana termasuk dalam kedai makan. Makanya yang akan menanggung rasa malu dan marah sudah tentu ibu dan ayah.

Tapi si kecil yang tak tahu apa-apa lagi memang fitrah sikap mereka begitu, akan menangis untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Mungkin silap kita sebagai ibu bapa juga yang selama ini membiasakan anak-anak bermain dengan 'handphone' milik kita. Mulanya untuk suka-suka tetapi lama-kelamaan jadi ketagih.

Pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu Puan Fizah Rosli mungkin turut dialami oleh ramai ibu ayah lain. Tetapi beliau segera mengambil tindakan sebelum ketagihan anaknyat terhadap 'handphone' boleh merosakkan tumbesarannya. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Fizah nak kongsikan pengalaman fizah dalam usaha menghentikan dan hilangkan ketagihan gadget pada si anak yang suci.

#Langkah_1

Sebelum kita mulakan, langkah pertama apa2 pun doa dulu mohon Allah bantu. Sebab buat lah apa cara sekalipun kalau Allah tak bantu memang susah nak menjadi.

#Langkah_2

Cari waktu yang anak rileks dan kita pun rileks(bukan masa anak pegang fon atau tengok tv), bagitau dia lepas ni Fahim hanya boleh tengok nset ummi dan walid 10 minit je sehari. Ummi dan walid akan letak password sebab takut fahim ter 'call' kawan ummi atau walid. nanti menganggu(bagilah apa2 alasan yg logik & simple). TV pulak sehari satu cite je ya. Kita tak boleh tengok tv lama2. nanti otak jadi beku.

Agak2 die faham tak apa yang ummi terangkan ni? Mungkin dia faham tapi pastinya dia tak ingat pun apa yang kita terangkan ni lepas tu. Tak megapa. Ulang dan ulang peraturan dan mulakan langkah.

Fizah ada cuba jugak nak guna tektik tinggalkan bateri sikit pada fon. Tp pada fizah, sampai masa nanti, anak akan tau bahawa bila bateri habis,solusinya cas balik. So dia boleh dapatkan balik fon tu. Dan pada hakikatnya, kerja2 bisness ummi 98% mmg guna fon ummi dan kalau bateri habis, lambat pulak keje ummi(ummi jenis malas cas hp. Tau gune je)??

Jadi, Fizah tak drastik hentikan semua. Tapi agak drastik dalam hadkan masa. Sehari boleh 10 minit je. tapi ada jugaklah kadang2 terlajak sampai 1jam bila mak tersibuk dengan urusan lain. Yelahkan. Dia pun kene slow2 nak biasakan diri. Tapi selepas 4 bulan pemulihan sampai sekarang memang very2 strict. 10 minit je boleh hadap kalau ada benda nak tunjuk kat dia atau kadang2 dia nak tengok video dia yg ummi rakam. Dan dia dah tau makna minit2 kecil tu.??

#Langkah_3

Delete semua video2 kartun yang menjadi tarikan pada anak. Tapi untuk 1 bulan pertama, kami tinggalkan 2 cerita dalm gallery walid berdurasi 10 minit saja dan padam satu lepas beberapa minggu, dan padam semua bila rasa sesuai. So dengan 1 video ni lama-lama dia bosan. Youtube walid pun ummi padam. Walaupun memang sebelum ni Fahim x bukak pun video dari youtube walid tu sebab walid sorok dlm file lain. Tapi ummi khuatir kalau terjumpa.

#Langkah_4

Laksanakan syarat yang kita dah sebut depan anak sebelum ni. Tapi kene sentiasa ulang dan ulang peraturan. Dari hari ke hari memang jenuh jugaklah nak layan tantrum dia bila dapat guna fon kejap aje. Tapi ummi kentalkan hati demi masa depan Fahim. Lama-lama dia faham yang nset ummi walid boleh guna kejap2 je. dekat 3 bulan lebih kot nak edjust perkara ni pada fahim. Sebab matlamat ummi nak dia faham gadget bukan mainan utama dia waktu kecil ni.

#Langkah_5

Kami sediakan untuk dia mainan2 yang boleh buat dia leka macam kiub,block, dan lego magnet, main kaler, messy play dan macam2 lagi. Alhamdulillah memang dia leka main tu. Dan kita jugak memang kene korban masa juga untuk main sama-sama dengan anak-anak. Melalui masa2 bermain dan beraktiviti juga sekali gus fizah buat theraphy sendiri pada fahim.

Tapi dalam masa ni tv masih lagi tak dapat kawal. Dia tak dapat nset, dia nak tv. Dah puas2 main alat mainan, main air kat singki, beraktiviti semua, so memang bagi je bukak video yg walid dah set kat tv. Canel ceria mmg sangat2 ketat ummi kawal. Memang tak bagi tengok. Masa tu tengah hot dengan ceria pop star. Ummi tak berapa minat nak expose anak dengan semua tu. hee

Kenapa tv ummi longgarkan syaratnya?

Memang main tarik tali dengan tv ni dulu. Sebab masa Fahim tengok tv, dia jenis tak duduk diam. Dia akan ligat main lompat sana sini, main alat mainan melukis depan tv dan lain2 lah. Dan therapist yang kami rujuk dulu kata tv ok lagi banding gadget sebab gadget ni seluruh jiwa raga terutamanya bahagian kepala(otak) hanya akan tumpu pada gadget depan mata. So otak tak berkembang. Makin kecut ada lah (kecut ni monolog ummi??).

Seterusnya langkah ke5. Terangkan pada orang sekeliling tindakan kita tu. kalau macam kami, balik kampung masa tu lepas sebulan pemulihan tu berjalan. So dalam perjalanan balik kampung tu mesej siap2 dalam group family, mintak tolong sangat2 jangan bagi atau hulur handset pada Fahim walau die nangis tertonggeng pun JANGAN BAGI. Dan ummi sendiri dah tolong setkan password kat fon maktok tok ayah dan delete siap2 apps youtube dari fon mereka (maktok tok ayah x guna pun benda2 ni. yg guna ayah ucu die. nanti pandailah die carik balik). So kalau die dapat sendiri fon mak tok atau tok ayah dia akan mintak orang bukak kan. so orang lain akan cakap tanya ummi dulu dan kalau dapat pun, dalam tu xde apa2 yg menarik.

Alhamdulillah. Semua bagi kerjasama. so kat kampung pun dia dah terbiasa xde peluang dapat handset walaupun fon mak tok n tok ayah.

Alhamdulillah sekarang Abdullah Fahim dah 5 Tahun. Banyak sangat improvment pada diri dia terutamanya dari segi bahasa (he was speech delay). Rasa syukur sangat2 ummi walid sempat tersedar awal tentang kelewatan perkembangan pada Abdullah Fahim dan hal2 gadget ni. Kalau tak, syok sendirilah tengok anak duduk diam baik x melompat2 fokus depan screen 'berhantu' tu.

Dan sampai sekarang ummi masih sedaya upaya cover apa-apa bantuan rangsangan yang sepatutnya Abdullah Fahim dapat dulu tapi tak dapat. Ummi pulun je buat semua ni walaupun ada jugak yang kata ' alah nanti budak tu besar pandailah die'. ?

Wallahu a'lam

#ummuabdullahs

Sumber: Facebook Fizah Rosli