Bila sah mengandung, kebanyakan wanita akan mengalami perubahan dengan serta-merta. Tiba-tiba rasa loya, nak muntah, pening kepala, mengidam bermacam-macam makanan. Sebelum tahu mengandung, tak ada pula perubahan tu.

Dengar cerita daripada pengalaman kawan-kawan lain, mulalah rasa risau. Adakah diri sendiri juga akan mengalami perubahan yang sebegini sepanjang mengandung? Tonton Drypers Sembang2 Baby di sini http://sembang-sembang-baby.drypersbabyclub.com.my

1. Mengandung kena tukar gaya hidup ke?

Bagi yang mengandung anak pertama tentu banyak yang dirisaukan. Lagi-lagi kalau ada bermacam petua dan pantang larang yang orang tua-tua pesan. “Eh, nak kena tukar gaya hidup ke ni?, “Alamak, kena tinggalkan ke hobi berenang dan beryoga?”

Sharifah Sakinah yang terkenal aktif tetap meneruskan aktiviti ‘work-out’ sepanjang mengandung. Tetapi dia mengakui mencuba terlebih dahulu pada diri sendiri dan tengok sama ada badan boleh terima atau tidak. Anda boleh dapatkan lain-lain tip menarik yang dikongsi oleh Nana dan Nadiya dalam episod 1 Drypers Sembang2 Baby

2. Papa pun ada cerita nak kongsi

Selalunya perhatian hanya diberikan kepada ibu yang mengandung sahaja tanpa menyedari bakal papa pun ada bermacam persoalan yang bermain di fikiran. Apa agaknya perasaan seorang bakal papa bila isteri mengandung? Adakah mereka pun turut rasa cemas dan tak selesa macam ibu mengandung? Lagipun mereka mungkin tak faham bila isteri mengalami ‘mood swing’ yang sukar dijangka sepanjang mengandung.

3.Dah nak bersalin! Checklist dah settle?

Ini bab yang paling digemari oleh bakal ibu termasuklah Sharifah Sakinah yang pertama kali  melahirkan anak, lagi-lagi kalau ada ‘geng’ macam Nana Mahazan dan Nadiya Nisaa. Sekurang-kurangnya bila ada kawan yang berpengalaman membantu, takkan ada barang-barang yang tercicir dari senarai nanti. Selain buat persediaan material, ibu hamil perlulah bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal supaya kekal positif dan sihat semasa bersalin. Itulah yang paling penting!

4.Diri juga perlu dibelai selepas bersalin

Selepas melalui pelbagai kesukaran dan cabaran sepanjang sembilan bulan mengandung, ibu juga perlu mendapat belaian yang sewajarnya selepas bersalin. Ia bukan setakat penjagaan diri dari segi rupa dan berta badan tetapi penjagaan bahagian dalaman dan kesihatan diri adalah lebih penting kerana ibu perlu sihat dan bertenaga untuk menjaga bayi baru lahir. Nak si manja sihat, diri ibu pun perlu diberi perhatian sebab ia saling berkaitan. Selain itu, ibu perlu makan makanan berkhasiat untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Itu pentingnya persediaan fizikal dan mental untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu. Jangan sekali-kali rasa tertekan dan rendah diri apabila melihat kuantiti susu ibu lain yang banyak kerana kuantiti susu setiap ibu adalah berbeza. Yang penting tetapkan niat untuk terus menyusukan bayi dengan susu ibu.

5.Macam-macam tip jaga baby

Bukan mudah hendak menjaga bayi baru lahir terutama bagi ibu muda yang pertama kali seperti Sharifah Sakinah. Namun perkongsian tip penjagaan bayi daripada Nana dan Nadiya Nisaa serta Atita Haris sangat berguna untuk persediaan baik. Antara perkara penting yang mesti diambil perhatian tentang bayi baru lahir iaitu kenal pasti punca utama bayi menangis, prihatin tentang masalah kembung perut, pentingnya bonding dengan bayi, pentingkan produk penjagaan bayi yang betul untuk kulit dan perkongsian tanggungjawab untuk menguruskan bayi dengan suami.

6.Dah boleh jalan, lain pula ceritanya!

Selepas melalui fasa kelahiran anak dan pelbagai perkembangan telah dicapai, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin bertambah. Semakin anak membesar semakin banyak kawalan perlu dilakukan terhadap mereka. Perhatikan setiap pergerakan anak kerana semakin mereka membesar, risiko terdedah kepada bahaya tetap ada walaupun di dalam rumah sendiri. Begitu juga dengan keselamatan anak ketika di luar rumah. Tetapi menurut Nadiya Nisaa, biarkan anak belajar dan meneroka persekitarannya. Sebagai ibu bapa kita perlu teruskan memantau dan memastikan keselamatan dan keselesaan anak sentiasa diutamakan.

Fad Bocey yang mempunyai sepasang anak kembar berusia setahun empat bulan berkongsi tipnya, letakkan halangan seperti palang atau pagar di kawasan berisiko bahaya seperti dapur dan tangga, sediakan ruang kediaman yang ‘child friendly’ supaya bayi selamat bermain.

Tonton semua episod Drypers Sembang2 Baby di http://sembang-sembang-baby.drypersbabyclub.com.my