"Dah puas nasihatkan si Aqil jangan suka conteng dinding rumah tapi dia buat lagi. Macam manalah cara nak bagi anak dengar cakap ni," keluh Misah tentang perangai anaknya yang susah dinasihat.

"Eh, Misah rupanya ada teknik bercakap dan peluk anak supaya mereka ni mudah nak dengar nasihat kita. Dah ramai orang share di whatsapp grup. Cuba ko baca, aku share."

Selama ini kita sebagai ibu bapa tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak. Perkongsian berguna daripada Tadika Permata Raudah tentang kaedah Neuro Languistic Programme semasa berkomunikasi dan memeluk anak mengikut jantina lelaki dan perempuan supaya apa yang dinasihatkan lebih berkesan pada anak.

Saya nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak

Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)

1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki

--> Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula 'memandang ke tengah antara kening' tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?

--> Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras 'telinga kirinya'. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah,  setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata2 perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang2 kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.

2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki

--> Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Saya tepuk dan gosok2an di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah,  dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila2. Best kan..bila tahu tekniknya ni

-->Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan saya tu. Ok kan? Kita gosok2lah beberapa saat. Bagi lah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak2 pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau.

Insya Allah,  sama2 kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP

#RehanSidik

#MendidikGenerasiAlQuran

#AnnurRaudhahPublication

#TadikaPermataRaudhah