Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana memang diketahui umum sering melakukan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan. Dalam satu posting Nadzmi di Instagram, dia berkongsi tentang keadaan terkini kandungan isteri tercinta yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Walau Sarat Mengandung, Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan, Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Kelihatan Nadzmi tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka dalam tempoh hanya beberapa minggu lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Ardell dan Nadzmi bergambar bersama doktor yang dikenali sebagai Doktor Kam. Menurut Nadzmi kandungan isterinya itu berada dalam keadaan baik. Anak dalam kandungan isteri berada dalam keadaan sihat, kuat seperti ibunya.

Walau Sarat Mengandung, Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan, Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Dalam perkongsian tersebut juga, Nadzmi menyatakan akan menyambung hantar bantuan. Bagi yang memerlukan, boleh DM kepada mereka berdua. Tiada balasan yang diharapkan, hanya mahu dititipkan doa buat mereka berdua.

IKLAN

Insyaallah another few more week to go 🥰 Doctor kata baby sihat , kuat macam umie dia semoga jadi anak soleh atau solehah. Aamiinn Thankyou Doctor Kam 🤲🏻❤️ Alhamdulillah🤲🏻🥰 Lepasni terus kami nak sambung hanta bantuan. Esok ke Kuala Selangor. Ada yang memerlukan DM kami tau 😊 Doakan kami ya 😘 #AdhwArdell

Dalam posting sebelumnya, Nadzmi memaklumkan dia dan isteri ada menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga penguatkuasaan.

IKLAN

Walau Sarat Mengandung, Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan, Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Difahamkan usia kandungan Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Binti Mohd Amin kini sudah 8 bulan.

Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan Allah. Walau tengah sarat mengandung, Ardell tetap kuat untuk turun bersama suami tercinta menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Selamat bersalin untuk Ardel dan moga semuanya berjalan lancar.

IKLAN

Sumber: Media Hiburan & Nadzmi Adhwa

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI