“Kelas anak saya ada 38 orang!” – Itu bukan luar biasa, tapi realiti biasa di sekolah rendah kebangsaan hari ini. Bila jumlah murid terlalu ramai dalam satu kelas, kesannya bukan kecil. Dari tumpuan belajar hingga kesejahteraan emosi, ramai yang terjejas tapi tidak sedar.
Kenapa Isu Ini Perlu Diberi Perhatian?
Murid sekolah rendah masih perlukan bimbingan dekat, perhatian individu dan sokongan emosi. Bila kelas terlalu ramai:
Ads
Cikgu sukar beri tumpuan kepada setiap murid.
Murid perlahan makin tercicir.
Kelas jadi bising dan susah dikawal.
Bagaimana Kelas Terlalu Padat Menjejaskan Anak?
Pembelajaran jadi superficial – tak sempat nak dalami topik.
Anak jadi pasif – takut nak bertanya dalam suasana yang sesak.
Sukar bina hubungan dengan guru – komunikasi jadi minimum.
Kekurangan interaksi dua hala – banyak masa dihabiskan kawal disiplin.
Kepentingan Kelas Yang Lebih Kecil
Lebih interaksi peribadi antara guru dan murid.
Mudah kenal pasti murid yang bermasalah.
Suasana pembelajaran lebih tenang dan fokus.
Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid.
Keburukan Jika Dibiarkan
Jurang pencapaian makin besar – Murid yang memerlukan bantuan khas makin tertinggal kerana guru tidak mampu beri perhatian khusus.
Anak jadi cepat hilang minat ke sekolah – Mereka rasa seperti tak difahami, tak dihargai, dan akhirnya putus asa dengan pelajaran.
Cikgu cepat penat dan stres – Keperluan untuk kawal kelas besar melemahkan motivasi guru dan menjejaskan kualiti pengajaran.
Murid jadi angka, bukan insan yang dikenali – Tiada ruang untuk guru kenal potensi, minat atau isu emosi setiap murid secara mendalam.
Kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan – Jika dibiarkan, ia boleh melahirkan generasi yang tidak cukup bersedia dari segi ilmu dan emosi.
Peranan Siapa Untuk Ubah Keadaan?
Pihak Berkepentingan
Tindakan yang Dicadangkan
Kementerian Pendidikan
Kaji semula nisbah guru-murid dan tambah guru jika perlu.
Sekolah
Rancang agihan murid supaya lebih seimbang antara kelas.
Ibu bapa
Suarakan kebimbangan melalui saluran rasmi seperti PIBG.
Komuniti
Fahami dan sokong usaha pendidikan berkualiti untuk semua.
Ads
Anak sekolah rendah bukan sekadar ‘nombor dalam daftar’. Mereka insan kecil yang perlukan perhatian, sokongan dan ruang untuk berkembang. Bila kelas terlalu padat, siapa yang akhirnya rugi? Masa depan mereka – dan itu tanggungjawab kita semua.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerap kali kita terlajak kata terus tegur kesalahan anak atau pasangan. Cuba teknik ni, ia memang biasa dalam latihan komunikasi secara positif.
Konsepnya: Sandwich or Bayangkan Burger
i) Roti
ii) Isi daging
iii) Roti Semula
Ia lebih sopan dan complete gitu, kan. Maka dalam komunikasi ia lebih berkesan dan tidak mengejutkan, atau mencederakan hati si penerima teguran.
Jadi caranya, hanya kenalpasti isi daging – apa nak ditegur. Intro roti atas dan penutup roti bawah tu boleh ambil standard ayat ini dan ubah sahaja ikut konteks daging tadi.
Contoh: Nak tegur anak, bermain dengan air sampai terpancut di luar bilik air, basah lantai.
TEGUR SEGERA UNTUK SAFETY: boleh terus ke daging –
“Tidak boleh pancut air di luar dari bilik air, tetapi hanya pancutkan di dalam bilik air sahaja (Teknik Nabi: Tegur kesalahan, mulakan dengan apa TIDAK boleh dan disusuli APA BOLEH). Jika tak, Abang tutup pintu mandi, ok (Teknik Nabi Beri Solusi/Alternatif).
Kemudian, guna teknik sandwich ini, waktu tenang dan anak akan lebih hargai.
Waktu lepas solat selesai, panggil si anak tadi, dan bicara bersemuka berduaan sahaja.
i) Roti atas sekali: Abang Fateh anak soleh Mummy, mari sini. Mummy tahu Fateh suka mandi, dan Fateh pandai jaga keselamatan dalam rumah kita, selalu tutupkan pintu dan pagar rumah kita, kan? [Si anak mengangguk-angguk dan seperti tahu ada sesuatu mesej penting Mummy nak sampaikan]
ii) Isi daging: Tadi Fateh pancut air sampai terkeluar dari bilik air tu, sebab air tu panas ya *(saya perasan point ini semasa saya mandi, baru saya perasan ya air panas maka berkemungkinan sebab itulah dia duk pancutkan air dan terpercik ke luar, dia ada mention kenapa kenapa air panas tapi dia tak relatekan punca dan akibat dalam tingkahlaku salah dia). Okay Fateh tak perasan, kan. Lain kali Fateh tutup aja pintu, so bila pancut tu tak lah basah kat luar. Fateh kan tahu ia bahaya. Takut Mummy terjatuh, orang lain terjatuh, kan?
iii) Roti penutup: Ok mari sini anak soleh Mummy yang prihatin, Mummy tahu Fateh tak sengaja, terima kasih sebab boleh duduk dengan Mummy dengar kata Mummy. InsyaAllah lepas ni Fateh akan berhati-hati, kan? [sambil pegang kedua bahu dia dan cium dahinya]
*si anak mengangguk-angguk dan tersenyum, mahu segera pergi ke depan menonton tv nya.
Jauh di sudut hati, saya tahu dia cukup sedar hal ini, dan akan amat hargai tindakan saya, serta yang paling utama, mesej penting ini masuk ke minda sedar dia secara penuh tanggungjawab.
Stop pukul anak! Fahami mereka sebelum menghukum. Masih ramai ibu bapa yang cenderung menggunakan pukulan sebagai cara mendidik anak apabila mereka merasa geram.
Stop Pukul Anak! Fahami Mereka Sebelum Menghukum
Melihat anak lambat bertindak atau kurang responsif kepada arahan sering kali membuatkan kita hilang sabar. Namun, adakah tindakan ini benar-benar membantu anak kita, atau sebenarnya hanya menambah tekanan kepada mereka?
Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memahami bahawa pukulan, kritikan negatif, atau jeritan tidak akan membantu anak menjadi lebih baik. Sebaliknya, ia hanya menjatuhkan keyakinan diri mereka dan memberi kesan buruk kepada perkembangan emosi mereka.
Kenapa Anak Lambat Bersiap?
Anak yang lambat bersiap mungkin bukan kerana mereka sengaja melambatkan diri, tetapi kerana mereka menghadapi cabaran dalam mengurus fokus. Contohnya, semasa mereka hendak mandi, tiba-tiba teringat mereka perlu mencari baju dahulu. Ketika mencari baju, mereka pula teringat hendak berkongsi cerita tentang kucing yang beranak di bilik kepada ibu.
Keadaan ini menjadikan mereka lambat bertindak dan susah untuk mengatur aktiviti dengan baik. Kadang-kadang, ini berakhir dengan kerja yang tidak siap dan mereka hanya termenung atau mengelamun.
Dalam situasi ini, anak memerlukan bimbingan dan sokongan daripada ibu bapa, bukan kritikan atau pukulan.
Kesan Negatif Kritikan Dan Hukuman Fizikal
Menurut kajian dan pengalaman, hukuman fizikal seperti pukulan hanya memberi kesan buruk kepada jiwa anak-anak. Mereka mungkin:
*Menjadi semakin rendah diri.
*Kehilangan keyakinan untuk mencuba perkara baru.
*Cepat putus asa apabila menghadapi cabaran.
*Lebih mudah stres dan murung.
*Menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.
Lebih menyedihkan, pengalaman negatif ini berpotensi mempengaruhi kehidupan mereka hingga dewasa. Anak yang sering dikritik atau dipukul mungkin tumbuh menjadi individu yang kurang yakin, moody, dan takut untuk menghadapi cabaran baru.
Anak Adalah Amanah Kita
Sebagai ibu bapa, kita harus ingat bahawa anak adalah amanah yang perlu kita pelihara dengan kasih sayang dan pendidikan yang betul. Melabel anak dengan perkataan seperti “lembab”, “bodoh”, atau “degil” hanya akan merosakkan jiwa mereka. Sebaliknya, kita perlu memahami keperluan sebenar mereka dan menyediakan sokongan yang sesuai.
Contohnya, jika anak kita lambat bersiap, cuba fahami apa yang mengganggu fokus mereka dan bantu mereka mengatur langkah dengan lebih baik. Bersabar dan beri bimbingan secara berterusan.
Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Hindarilah hukuman fizikal dan kritikan negatif, kerana ia hanya akan membawa kesan buruk kepada perkembangan jiwa dan emosi mereka.
Anak-anak kita adalah cerminan kasih sayang dan bimbingan kita. Mari kita bantu mereka membesar dengan keyakinan diri, kebahagiaan, dan jiwa yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Setiap ibu patut amalkan doa untuk anak-anak supaya sentiasa dalam rahmat-Nya. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan. Dalam apa keadaan sekalipun, doa adalah senjata kita dengan Allah.
Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak agar menjadi khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat.
Perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa Melayu pun tidak mengapa. Yang penting ikhlas.
Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini Insya-Allah anak-anak akan utamakan solatnya.
Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.