
Bagi menentukan anak kita sihat dengan dibekalkan dengan makanan sebenar atau ‘real food’, pemilihan makanan amatlah penting. Inilah yang selalu merisau ibu dan bapa.
Istilah ‘processed food’ yang sememang tak baik untuk anak kita pula sering buat mak ayah keliru. Walhal ada banyak senarai makanan processed food ini yang perlu dielakkan.
Untuk panduan ibu dan bapa, ini klafikasi processed food yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia yang patut dijauhi dari anak-anak kita.

Makanan Harian Yang Tak Disangka
Kita selalu ingat processed food tu cuma junk food yang jelas tak sihat. Padahal banyak makanan harian yang nampak biasa, nampak sihat, tapi sebenarnya penuh gula, garam dan bahan tambahan tersembunyi.
Roti putih gebu, yogurt berperisa dan jus buah dalam kotak, semua ini nampak macam pilihan baik, tapi hakikatnya ia makanan proses yang perlahan-lahan merosakkan kesihatan. Inilah perangkap yang ramai tak sedar.

Kenapa Makanan Ini Tidak Sihat?
Berikut senarai makanan yang ramai tak sangka sebenarnya processed food, bersama sebab kenapa ia tidak sihat:
1. Roti putih atau roti sandwic – dibuat daripada tepung terproses, kurang serat dan cepat naikkan gula darah.
2. Bijirin sarapan – dipasarkan untuk kanak-kanak, tapi kandungan gula lebih tinggi daripada biskut manis.
3. Yogurt berperisa – “low fat” sebenarnya diganti dengan gula tinggi, lebih banyak daripada minuman soda.
4. Energy bar atau granola bar – kelihatan sihat, tapi hampir sama dengan coklat bar kerana kandungan sirap dan gula.
5. Jus buah kotak atau botol – kebanyakannya hanya air gula berperisa, tanpa serat sebenar daripada buah.
6. Sosej, nugget dan bebola daging atau ikan – ultra processed, penuh pengawet, tepung, garam dan MSG.
7. Keju proses berbentuk slice – bukan keju tulen, sebaliknya campuran susu, minyak dan bahan kimia.
8. Mee segera dan pasta segera – tinggi sodium dan MSG, selain digoreng dalam minyak tidak sihat.
9. Sup segera atau kiub pati – mudah digunakan tetapi sarat sodium dan perisa tiruan.
10. Minuman isotonik dan vitamin water – gula hampir sama dengan air berkarbonat, mineral pula sangat sedikit.
Kesimpulannya
Kesimpulannya processed food bukan hanya makanan segera yang jelas tidak sihat. Kadang-kadang ia menyamar dalam bentuk yang nampak sihat. Kesedaran inilah yang akan bantu kita buat pilihan lebih bijak setiap hari.

Anak akan dapat akaun Simpan SSPN bernilai RM30, goodies istimewa dan sijil penyertaan. Sambil bermain, dapat hadiah! Daftarkan anak segera di: https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





