BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Ahad.
Sehari selepas selamat melahirkan anak perempuannya, Azrinaz berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya yang berkongsi tentang kelahiran bayinya yang lahir secara normal dengan berat 2.75 kilogram pada jam 10.20 pagi.
Dalam perkongsiannya, Azrinaz melafazkan kata syukur, malah dia dan suami gembira berkongsi mengenai kelahiran bayi perempuannya. Azrinaz dan anak berada dalam keadaan sihat.
Syukur, Alhamdullilah
–
My husband and I are happy to announce the arrival of our bundle of love and joy; our little girl ?? on Sunday 15th September 2019 at 10:20 am, weighing 2.75kg. Both mommy and baby are in pink of health
–
Indeed Allah SWT is the best planner. It was an easy-breezy delivery without any stitches, and it happened so quickly and smoothly. Alhamdulillah
–
She is so sweet and neat and such tiny little feet. Our precious little girl makes our lives complete. Thank you for your do’a, words of encouragement, strong support from family and love from beloved friends. Now we need to rest and will update again, soon #2nddayinhospital
“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.
“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.
Azrinaz berkata, kehadiran bayi comel itu melengkapkan lagi kehidupan rumah tangganya bersama suami, Fairos Khan Abdul Hamid.
Belum bersedia berkongsi wajah bayinya, Azrinaz mengakui sangat teruja selepas 11 tahun dia kembali menimang cahaya mata lagi.
Ads
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu selepas mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun lalu dan mula rapat setahun sebelum bernikah.
Terdahulu, Azrinaz yang pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.
Untuk menghargai seorang insan bergelar ibu, tidak perlu tunggu hari yang istimewa pun. Seharusnya setiap hari menjadi hari untuk kita sentiasa menghargai dan mengenangkan jasa wanita istimewa ini.
Sempena Hari Ibu yang lalu, suami Emma Maembong telah berkongsi sebuah video untuk menunjukkan penghargaannya kepada isteri tercinta.
Rupa-rupanya video tersebut adalah rakaman detik-detik kelahiran anak mereka, Shariq Gabriel. Dapat dilihat bagaimana Emma berjuang untuk melahirkan anaknya itu.
Biarpun video tersebut telah dirakam sekitar November tahun lalu, ia tetap menjadi perhatian warga maya apabila dikongsikan oleh suami Emma.
Rata-rata yang menonton video tersebut dapat relate dan turut merasa sebak melihat kesakitan yang dirasai Emma.
Sesungguhnya saat melahirkan merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, ia juga saat-saat yang menyakitkan kerana ibu memperjuangkan nyawanya bagi melahirkan anak tersayang. Oleh itu, penghargaan kepada isteri dan ibu bukan hanya terhad ketika hari ibu semata-mata tetapi seharusnya setiap hari.
Hargai pengorbanan isteri anda dengan menghadiahkannya sesuatu yang istimewa. Klik saja di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa perasaan ibu ayah bila si kecil demam tak kebah-kebah? Panik? Risau? Itu normal… Tapi bayangkan kalau demam itu rupa-rupanya petanda kepada penyakit misteri yang boleh serang jantung anak. Seram kan? Inilah yang berlaku kepada si kecil comel, Charlotte yang tiba-tiba disahkan menghidap Penyakit Kawasaki!
Kisah ini dikongsi oleh ibu muda, Sharon Chong di laman Facebook. Awalnya, dia sangka Charlotte cuma demam biasa. Hari pertama, suhu badan naik turun, si ibu hanya lap badan dan beri ubat demam.
Tapi hari kedua, demam Charlotte makin tinggi, sampai terpaksa ke jabatan kecemasan. Doktor bagi paracetamol dan minta terus pantau keadaan.
Hari ketiga, ruam merah mula timbul di seluruh badan. Ibu sangka ruam panas biasa, tapi makin lama makin pelik… bibir Charlotte merah menyala, seolah-olah pakai gincu!
Masuk hari keempat, mata si kecil dah mula merah. Naluri ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena.
“Hati saya rasa tak sedap. Terus bawa Charlotte ke hospital. Doktor periksa jantung dia, ambil darah, pasang drip. Masa tu saya dah mula panik,” luah Sharon.
Selepas pemeriksaan rapi, doktor sahkan Charlotte menghidap Kawasaki Disease, penyakit yang boleh menyebabkan keradangan salur darah termasuk salur darah ke jantung. Kalau lambat rawat, boleh menyebabkan komplikasi serius atau serangan jantung!
“Saya tak sangka, dari demam biasa boleh sampai ke tahap ganggu jantung. Rasa luluh hati saya,” kongsi Sharon.
Charlotte terus dimasukkan ke wad kecemasan, dipantau rapi, dan diberi rawatan khas iaitu IVIG, ubat untuk kawal radang salur darah selama 12 jam. Dia juga diberi aspirin untuk elak pembekuan darah yang boleh jejaskan jantung.
Hari demi hari, keadaannya makin stabil:
✔️ Ruam badan mula hilang ✔️ Bengkak tangan dan kaki surut ✔️ Bibir masih merah, tapi makin elok
Penyakit Kawasaki bukan penyakit berjangkit ya ibu ayah! Ia berpunca daripada tindak balas sistem imun terhadap virus atau bakteria yang tak dikenal pasti. Kesannya, salur darah jadi radang terutamanya arteri ke jantung.
Kanak-kanak bawah 5 tahun paling berisiko, tapi bayi atau orang dewasa pun boleh kena.
🚨 Demam panas lebih 4-5 hari, tak kebah walau makan ubat 🚨 Mata merah tanpa keluar tahi mata 🚨 Ruam merah seluruh badan 🚨 Tapak tangan & kaki bengkak kemerahan 🚨 Lidah seperti strawberi, berbintik merah 🚨 Bibir merah menyala, merekah
Kalau anak demam tak kebah, ada tanda-tanda pelik seperti ruam, mata merah, bibir merekah atau kaki tangan bengkak, jangan tunggu lama. Terus bawa ke hospital!
Rawatan awal boleh elakkan komplikasi jantung yang berbahaya. Ingat, Kawasaki ini bukan macam demam biasa atau HFMD, dia datang senyap-senyap tapi boleh beri kesan besar kalau kita leka.
Semoga si kecil kita semua dilindungi dan sentiasa sihat sejahtera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lepas bayi lahir, ada sesetengah bayi di bahagian dadanya sedikit berbunyi. Kalau ikut orang dulu-dulu mereka menjelaskan mungkin doktor atau jururawat tak sedut habis cecair selepas bayi dilahirkan. Tetapi sejauh mana kebenaran itu?
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Pakar Pediatrik, Dr Salehuddin Sulaiman ada jawapannya.
Kahak/ lendir tak habis sedut? Seorang ibu datang petang tadi ke klinik. ‘Baby saya ni sejak dari lahir, sampai sekarang, asyik berbunyi je kahak dia. Ada lendir dalam hidung dan tekak. Saya nak minta doktor sedut kahak tu.’
Me: macam mana puan tahu ada lendir di situ?
‘Bunyi tu dari hidung dan kadang-kadang bunyi tu datang dari mulut. Orang tua kata, ni sebab tak habis sedut masa lahir. Saya dah tanya misi kat klinik pun, diorang cakap benda yang sama.’
Me: menyusu ok tak? Tidur?
‘Menyusu ok je. Hisap sampai habis. Tidur pun lena je. Malam-malam tu, kadang-kadang meragam juga lah. Saya dah mengadu kepada nurse masa lepas lahir. Nurse kata biasalah tu, lama-lama hilang. Hari ni saja, dah bawa ke 6 klinik. Semua doktor suruh tepuk-tepuk belakang dia, nanti lendir tu keluar sendiri.’ ‘Ada juga yang suggest supaya saya beli alat sedut kahak, dan sedut sendiri.’ Saya faham apa yang ibu ini lalui. So, saya decide untuk memenuhi permintaan beliau. Ya. Sedut ‘kahak’ tersebut. Saya bawa bayi itu ke bilik rawatan, dan saya masukkan wayar suction ke dalam hidung dan mulut bayi tersebut. Seperti yang dijangka, tiada kahak keluar. Tiada lendir. ‘Puan lihat sendiri, ada tak kahak atau lendir yang keluar?’
Ibunya geleng. Dan seterusnya angguk bila saya explain, bahawa bunyi yang didengar itu, bukannya kahak atau lendir. Dan seterusnya, saya explain kepada beliau apakah bunyi yang mengganggu ketenteraman hati beliau.
No such thing as’ kahak tak habis sedut lepas lahir’. Itu hanya mitos yang berlegar dan terus menerus dipercayai, hinggakan petugas kesihatan pun mempercayainya. Dan selepas sesi demonstrasi dan penerangan, barulah beliau lega dan nampak kembali sinar ketenteraman di wajahnya.
Eh, nak tahu ke apa sebenarnya bunyi ‘kahak’, ‘lendir’ atau apa saja yang anda panggil tu?
Ni explanation simple saya. Di belakang hidung, ada tisu adenoid. Adenoid ni adik beradik kepada tonsil (ni dalam area tekak).
Ada sesetengah baby, adenoid ni besar sedikit daripada baby lain (bukan besar mana pun, maybe dalam 0.5-1cm je), tapi disebabkan saluran hidung baby kecil, extra 0.5cm boleh menyebabkan saluran hidung secara relatifnya, kecil di kawasan tersebut, menyebabkan ‘turbulence’ dan getaran udara terhasil (bunyi ‘snort’ atau ‘kahak dalam hidung’.
Ala, macam jalan raya dua lane, tapi satu kawasan tu, ada kereta parking tepi jalan, menyebabkan kawasan tu jadi satu lane. So kereta terpaksa slow down di area tu saja. Lepas area tu, trafik lancar.
So, macam tu juga dalam hidung. Turbulence tu ibarat trafik yang jadi sesak sikit. Apabila bayi makin membesar, saluran hidung ikut membesar, dan area yang sempit tu, lama kelamaan akan hilang. Sebab itu, apabila bayi mencecah umur 3-4 bulan, bunyi tu akan semakin menghilang.
So, perlu ke sedut? No, tak perlu. Silap haribulan, lubang hidung boleh berdarah. Dan darah tu akan menitis masuk ke tekak dan perut. Kalau bayi jeluak, nanti ada bercampur darah, baru nak kalut.
Side info. Paru-paru bayi dipenuhi cecair semasa dalam kandungan. Sebaik sahaja bayi keluar ke dunia dan menyedut nafas pertama, Allah dah cipta mekanisme yang sangat cantik. Semua cecair itu akan diserap oleh badan secata automatik. Tak perlu sedut pun sebenarnya. Kalau sedut pun, wayar tu tak akan masuk ke dalam saluran pernafasan.
Ada sesetengah bayi akan menglami masalah cecair di dalam paru-paru susah untuk clear (transient tachypnea of newborn, TTN), atas sebab tertentu, contohnya kelahiran secara czer/ operate, rawatan untuk bayi ni tak melibatkan suction/ sedut kahak pun. Maybe perlukan oksigen, ada yang perlukan alat pernafasan. Tapi, insya Allah dalam masa 48-72 jam, cecair ini akan hilang sendiri.
Bila saya nak kena bimbang?
1. Kalau bunyi tu baru muncul selepas sebulan dua. Maknanya masa dalam pantang, tak ada bunyi pelik-pelik. Tapi selepas 2-3 bulan, baru start ada bunyi kahak. Mungkin ada infection dalam hidung atau paru-paru.
2. Baby tak dapat menyusu dengan baik. Hisap berhenti-henti untuk setiap penyusuan.
3. Masalah tidur yang ketara
4. Berat bayi tidak naik. (ni kena tengok graf).
Wah, panjang pula. Hopefully mitos ‘kahak tak habis sedut’ ni tak berlegar lebih banyak dan unnecessarily menyesakkan kepala ibu-ibu. Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...