Pertama seumpamanya di Malaysia, Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada masyarakat.

Menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.

12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan. Bakal Lahirkan Ikon Wanita Moden Berhijab

Normala Samsudin Buat Kemunculan Semula Selaku Juri Tetap

Ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin kembali memeriahkan dunia penyiaran apabila muncul sebagai juri tetap program Ratu Hijabista. Puan Sri Normala Samsudin menerima mandat selaku juri tetap, gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sahut cabaran kemudi musim pertama.

Buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.

Pencarian Ratu Hijabista Bersiaran Selama 8 Minggu

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, “Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penganjuran program ‘Ratu Hijabista’ yang mengiktiraf potensi bakat luar biasa dan sumbangan kaum wanita agar dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana khususnya golongan yang berhijab.

Bukan itu sahaja, platform pencarian seumpama ini juga berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita yang pastinya ada memasang impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan. Bakal Lahirkan Ikon Wanita Moden Berhijab

Ratu Hijabista Yang Bakal Bersiaran Jadi Taruhan

Manakala jelas Fiezreen Ahmad yang merupakan Editor Pengurusan Hijabista “Sudah tiba masanya Hijabista melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi.

Daripada hanya sebuah majalah dan seterusnya berkembang pesat di dunia digital dengan jutaan pelayar setiap bulan. Kini Ratu Hijabista yang bakal bersiaran di saluran Astro Prima merupakan pertaruhan terbaru jenama ini.

Membawa inti pati jenama yang memartabatkan golongan wanita berhijab, pencarian ini dilihat sebagai salah satu wadah khusus untuk suara wanita berhijab yang kini sudah mampu berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan golongan yang lain.

“Hijab bukan sebuah lambang kelemahan sebaliknya sebagai lambang manifestasi diri yang cemerlang, sama seperti kesemua finalis yang terpilih. Setiap seorang dari mereka memiliki latar pendidikan yang baik dan persona diri yang menarik serta meyakinkan.

12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan. Bakal Lahirkan Ikon Wanita Moden Berhijab

Bersiaran Secara Eksklusif Di Astro Prima

Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kapsul pengenalan 12 peserta boleh ditonton melalui liputan harian ‘Profil Ratu Hijabista’ pada setiap hari, jam 11.55 pagi dan 6.55 petang bermula 23 Julai hingga 9 Ogos 2020.
Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta sepanjang musim ini pula dapat ditonton melalui liputan harian ‘Jurnal Ratu Hijabista’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 6.55 petang bermula 10 Ogos 2020.

Manakala rakaman program pencarian ‘Ratu Hijabista’ pula akan bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI