12 Jam Jaga Anak, Lelaki Ini Dah Struggle. Baru Tahu Susahnya Isteri Hadap Sorang-Sorang!

Share

Perkongsian daripada lelaki ini tentang pengalamannya menjaga anak selama 12 jam semasa isterinya tiada kerana bekerja. Baru tahu susahnya tu macam mana….

Firdaus Shakirin berkongsi mengenai pemgalamannya sendiri menjaga anak semasa isteri bekerja.

Bukan senang, tak mudah, serius stres. Masa tak ada anak masih boleh lagi. Tapi bila ada anak hidup tanpa pasangan sangat menguji & teruji.

Jaga anak time weekend. 12 jam sahaja. Kalau lelaki letih, orang perempuan?

Anak bangun dengan lampin penuh & lapar susu. Nak mandi letak anak depan bilik air, bimbang anak jatuh katil & pergi ke dapur.

Masa solat berapa kali berhenti, anak masuk dalam kain & letak mainan tempat sujud dan sebagainya.

Mandi,  anak main air. Buai dalam buaian sejam baru tertidur.

Anak detect ayahnya bangun, kena hayun buaian lagi. Anak tidur baru boleh sarapan. Nak membuang air besar pun kena buang cepat-cepat sebelum anak bangun. 

Anak sepahkan bilik masa ayahnya tertidur. Perkara ini diteruskan selama dua tiga tahun sebelum isteri berhenti kerja.

Kepada para suami, the struggle is real beb! Bagaimana isteri hadap semua seorang diri masa anda tiada? Dengan penat kerja, kerja rumah, masalah office dan sebagainya

Para suami kerapkanlah telefon isteri, bagi semangat. Bila balik rumah take over kerja dia. Bagi dia rehat. Jangan sampai isteri fikir ada suami dengan tak ada suami sama je…

Sumber: Firdaus Shakirin

IKLAN