Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini, kemasukan pesakit ke wad kanak-kanak telah meningkat hampir 300%, dengan kes-kes jangkitan seperti RSV, Influenza A/B, dan Mycoplasma pneumoniae melonjak tinggi.
Menurut Assoc. Prof. Dr Rashdan Zaki bin Mohamed, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi, KPJ DSH2, jangkitan virus dan bakteria ini menyebabkan demam berlarutan dan gangguan pernafasan yang memerlukan perhatian segera. Ibu bapa perlu faham bahawa rawatan bergantung kepada jenis dan lokasi jangkitan, serta pentingnya pencegahan melalui kebersihan dan penghindaran daripada kontak dengan individu yang tidak sihat.
“Disember! Bulan air bah, bulan tengkujuh dengan hujan mencurah-curah, juga bulan yang menyaksikan lambakan kes jangkitan kuman di kalangan kanak-kanak. “
Ads
“Saya sendiri melihat pola kemasukan ke wad kanak-kanak kami hampir naik 300% 12 perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu adalah: 1. RSV = Respiratory syncytial virus Kes RSV melonjak tinggi. Jangkitan kuman RSV membawa kepada demam panas berlarutan dengan gejala pernafasan 2. Selain RSV, kuman-kuman virus dan bakteria lain termasuk COVID-19, Influenza A/B, Mycoplasma pneumoniae, Haemophilus influenza dll juga meningkat 3. Ada juga jangkitan kuman virus (virak fever) yang tidak dapat dikenalpasti dengan calitan RV4Ag atau PCR33, memerlukan kemasukan ke wad untuk hidrasi 4. Bila bercakap berkenaan jangkitan kuman, ibu bapa harus faham sekurangnya 3 aspek 4.1 Jenis jangkitan kuman – virus atau bakteria 4.2 Lokasi jangkitan kuman – tekak, peparu, 4.3 Aspek perawatan 5. Jenis jangkitan kuman – biasanya virus. Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, manakala jangkitan kuman bakteria biasanya memerlukan antibiotik. Dan tak mustahil ada jangkitan silang keduanya
6. Untuk lokasi jangkitan kuman, terma seperti Tonsillitis, pharyngitis, bronchitis, bronchiolitis, pneumonia, UTI merujuk kepada punca jangkitan kuman 7. Sebagai contoh, Jangkitan kuman tonsils biasanya bergejala sakit tekak Jangkitan kuman peparu/bronchitis/pneumonia biasanya ada gangguan pernafasan 8. Untuk 6 dan 7, ujian darah, calitan, xray dll akan membantu doktor membuat keputusan jenis & punca/lokasi jangkitan 9. Dari segi aspek rawatan, saya suka terangkan kepafa ibu bapa 9.1 Rawatan spesifik 9.2 Rawatan sokongan 10. Rawatan spesifik
Ads
Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, kecuali influenza yang boleh menerima ubat oseltamivir. Bakteria pula dirawat dgn antibiotik. Sungguhpun begitu, biasanya virus yang mengjangkiti seoramg anak, maka, tidak semua pesakit perlu antibiotik (untuk elak kerintangan antibiotik, pemberian antibiotik harus ada indikasi dan bukan diberi sewenang-wenangnya)
Ads
11. Rawatan sokongan termasuk Infusi drip intravena untuk hidrasi Ubat demam / batuk / selsema untuk rawatan gejala -Nebuliser -Fisioterapi 12. Pencegahan Elak pendedahan dan penularan jangkitan kuman dengan menjaga kebersihan diri, pemakaian topeng muka dan elak mereka yang tidak sihat dari bersentuhan dengan kanak-kanak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik Anwar pada Isnin.
Hantaran itu memaparkan satu poster dengan mesej yang menarik dan penuh tanda tanya.
“Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” catatan pada poster dalam hantaran itu.
Tidak dijelaskan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.
Bagaimanapun, mesej ringkas itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut melainkan kapsyen ringkas daripada Anwar, “Nantikan.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi pelbagai respon yang mengharapkan sinar baharu untuk penduduk Malaysia di bawah pimpinan kerajaan MADANI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa kuat, namun bagi Syasya, bekas anggota kumpulan Dolla, pengalaman pertama mengandung membawa cabaran besar.
Ketika kandungannya baru berusia 30 minggu, beliau hampir melahirkan bayi pra-matang, dan perasaan takut serta bimbang semakin mendalam apabila dimaklumkan bahawa bayinya mungkin tidak dapat bertahan hidup jika dilahirkan terlalu awal. Pengalaman ini memberi erti yang sangat mendalam tentang perjuangan seorang ibu.
“Ketika mengemas barang baby bersama suami, tiba-tiba saya rasa basah. Saya lihat ada darah tetapi tidak berasa sakit dan tertanya-tanya adakah ini normal?
“Jam 12 malam kami ke hospital, ketika itu saya sudah ada kontraksi selang 10 minit. Doktor kata kemungkinan besar saya akan bersalin pada hari itu atau keesokkan harinya.
“Baby baru 30 minggu, berat pun dalam 1.3 kilogram. Jika bersalin memang baby akan terus di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya sedih sangat kerana takut apa-apa berlaku jika dia dilahirkan ketika itu,” ujar Syasya.
Oleh sebab itu, Syasya telah ditahan di wad bersalin selama empat hari untuk doktor memantau keadaannya dan bayi dalam kandungan.
Kongsi Syasya lagi, perkara yang memberi kekuatan sepanjang detik cemas itu adalah doa Nabi Yunus, selain sering berbual dengan anak dalam kandungannya.
“Masa itu saya tidak fikir banyak, cuma doa kepada Allah supaya baby tidak keluar lagi pada masa itu. Jika dia keluar sangat berisiko dan saya harap dia boleh tunggu sampai waktunya.
“Setiap kali kontraksi saya tidak henti membaca doa Nabi Yunus yang dikongsi ibu, selain saya rajin berbual dengan baby sambil mengusap perut. Sebenarnya baby boleh faham apa yang kita cakap,” turut Syasya berkongsi pengalamannya dalam video yang dimuat naik di TikTok.
Syasya berasa lega apabila pemeriksaan kesihatan yang dijalankan selepas itu mengesahkan kandungannya berada dalam keadaan sihat dan pendarahan yang dialami juga telah berhenti.
“Masa mengandung ini harus selalu bersedia dengan perkara tidak terjangka. Perkara yang saya rasa tidak akan berlaku pada diri sendiri akhirnya berlaku. Jadi, berhati-hati dan banyak berzikir.
“Alhamdulillah, keadaan saya okey, kandungan pun sudah masuk 36 minggu dan hanya tunggu masa untuk lahir,” tutur Syasya.
Syasya melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada 21 April lalu selepas membuat pengumuman mengejut mengundur diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribad
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi. Bagi mereka yang berjauhan atau telah kehilangan insan tersayang, pastinya perayaan ini mengundang rasa sebak dan rindu yang mendalam.
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 20 saat tular di media sosial yang memaparkan beberapa warga emas memilih kasut untuk persiapan raya.
Video tersebut jelas menunjukkan mereka gembira menyambut raya, namun di sebalik senyuman itu, terselit kisah yang menyentuh hati ramai.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak melihat video tersebut. Ada yang terkenang arwah ibu bapa mereka dan merindui saat beraya bersama.
Ada juga yang menjadikan video ini sebagai motivasi untuk lebih menghargai ibu bapa yang masih ada. Tidak kurang juga yang terinspirasi untuk menjadi sukarelawan, ingin membantu golongan warga emas agar mereka tidak merasa keseorangan di usia senja.
Berikut antara luahan netizen:
“Ruginya org yang masih ada ayah tapi tak menghargai mereka”
“Tgk video cmni pun bole menangis .. rindu aruwah abah”
“Selamat Hari Raya Abah-Abah Sekalian..moge pnjg umur dan diberi kesihtn yg baik..aamiin…taun ke 3 beraya tnpe insan brgelr abh…rndu sgt2”
“Sedihnya tgk.. Sya xdak abh dah”
“Video-video mcam ni lah selalu motivated aku untk sllu sayang n hargai mak aku.”
Hari Raya adalah tentang meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Jangan tertekan dengan perkara yang tidak wajib. Sambutlah raya dengan cara yang selesa dan bermakna untuk diri sendiri dan keluarga.
Yang penting, jangan sampai membebankan diri atau membazir. Selain itu, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada, kerana kasih sayang dan kebersamaan itulah yang menjadikan raya lebih bermakna. Selamat Hari Raya!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.