Melayari bahtera perkahwinan selama 15 tahun sememangnya tidak mudah. Namun satu kejayaan kerana berjaya melalui satu tempoh yang lama, seribu satu kebahagiaan dalam ranjau penuh onak duri.
Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob berkongsikan kisah suka dan duka alam rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya sempena hari ulang tahun perkahwinannya yang ke 15 tahun baru-baru ini.
Kata bapa penyayang kepada empat cahaya mata ini, dia dan isteri amat bersyukur dalam menempuh pelbagai ujian dan pengorbanan yang dilalui isterinya termasuklah mengalami keguguran sebanyak 13 kali.
Melalui Instagramnya, bapa yang cukup handal memasak ini berkongsi cerita perkahwinannya yang penuh indah.
“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar-dengar kisah, mungkin banyak yang betul. Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak betul juga lah tu.
“Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua, airmata keluarga-keluarga kami dan juga airmata ramai penyokong-penyokong kami.
Ads
“Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar, kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.
“Walaupun dengan 13 kali keguguran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi,” kongsinya lagi.
Dedah Fazley lagi, dia dan isteri mengamalkan malan membaca Yasin selama 40 hari semenjak bergelar suami isteri bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride, sejak hari pertama hingga sekarang. But we grew stronger after every test and hurdle. Doa kepada Allah merupakan pelindung terhebat.
Ads
“40 hari membaca Yassin sejak hari pertama juga menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat kami berpecah.
Happy 15th Anniversary my gorgeous Adik Sayang! Lets continue to stay strong and shower our kids with loads of love. We have made it this far, when many people thought we couldn’t. I love you with all my heart,” katanya.
Dalam pada itu, bersempena hari penuh bahagia itu, keempat-empat anak pasangan ini rupanya turut sama meraikan majlis penuh indah mereka.
Awal-awal lagi, kesemua mereka menyediakan sarapan pagi malah memasak sendiri untuk Datuk Fazley dan isteri di meja hidangan yang dihias cantik. Hebat!
Ads
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di hujung-hujung puasa ni pasti ada isteri yang membuat persiapan terakhir untuk sediakan kelengkapan baju raya anak dan suami. Suami jangan merungut bila isteri shopping lama atau nak ajak shopping lagi dan lagi. Semuanya kerana dia inginkan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya. Bukan fikir diri dia sangat pun.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini suami harus baca. Ambil kira bila isteri kita minta belikan baju raya atau minta keluar untuk shopping lebih lama. Jaga anak sekejap tak salah kan.
Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku. Terima kaseh bidadariku sayang.
Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana? Kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak.
Suami anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi. Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian.
Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat.
Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di Ramadhan. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebak! begitulah gambaran apabila melihat video kiriman jutawan kosmetik, Dato Sri Aliff Syukri di instagram beliau.
Dia yang menghantar isterinya,Datin Shahida ke KLIA untuk menunaikan umrah tidak sampai hati melihat anak-anak sedih berpisah dengan Datin Shahida.
Yang lebih membuatkan ramai sebak apabila Yusoff Al Qardawi, 4 tahun mula menangis kerana pada awalnya dia menyangka bahawa dia akan dibawa bersama-sama ibunya.
Menurut Dato Aliff pula, perjalanan kali ini berbeza kerana arwah neneknya tidak lagi dapat bersama menunaikan umrah seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Perjalanan mama untuk menunaikan umrah😰😰kenangan tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini..”
“Sebab sebelum ini saya menghantar @shahidadherbs menunaikan umrah selalunya bersama arwah nenek saya, tapi tahun ini saya hanya mampu menghantar mak mertua bapa mertua dan isteri saya menunaikan umrah”
“Walau amat sedih, tetapi kami sekeluarga tabahkan juga..paling terasa adalah anak-anak kecil ini..tak sanggup sebenarnya nak menghantar isteri saya, tetapi apakan daya..niat isteri saya memang dari dulu kalau ada rezeki duit lebih..dia teringin menunaikan umrah setiap tahun”
“Alhamdulillah, syukur impian ini dapat saya tunaikan..kecuali ketika Covid..
Apapun, bukan mudah untuk kami sekeluarga melepaskan mama untuk jangka masa yang lama”
“Semoga mama gembira menunaikan umrah dan tenang di sana bersama ibu dan ayah beliau”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ameena menangis teruk selepas Datin Shahida letak sebab asyik nak berdukung. Gaya Ameena menagis teruk sehingga merah mukanya. Video ini telah dimuatnaik di instagram baby terlajak laris.
Ameena nak berdukung je letak nangis….nasib ada ustaz baem bacakan doa (dia nak jadi cmm ustaz adam filem munafik)
Manja betul Ameena dengan ibunya. Keadaan Ameena yang menangis teruk ditenangkan oleh kakaknya Khadeeja namun tak berjaya. Khadeeja meminta Baem untuk membaca doa. Sweet betul adik beradik ni kan?
Ustaz Baem terus membaca salah satu daripada ayat 3 Qul. Alhamdulillah Ameena tenang dan senyum walaupun ayat yang dibacanya belum habis. Power betul Ustaz Baem! Ruang komen baby terlajak laris dihujani dengan pujian-pujian dari netizen untuk ustaz Baem. Tak kurang juga menghadapi situasi yang sama.
Alaaa comeynye Baem, pandai pulak dia senyap ye datin
Sebab anak kita pun macam tu, bila dah besar ok
Sejuk perut mengandungkan Baem kan Baem… Ustaz Baem
Anak saya masa kecik pun nak bedukung je, letak mesti nangis
Sumber: Instagram baby terlajak laris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.