Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak-anak yang baik akhlak, berjaya dalam hidup serta menjadi kebanggaan semua orang. Namun ada ketikanya ibu bapa tak sedar gaya asuhan di rumah mempengaruhi perkembangan anak-anak kita.
Mendidik anak zaman sekarang tak sama seperti zaman ibu ayah kita dulu-dulu. Sebab itu, ibu bapa perlu sentiasa mempersiapkan mental dan fizikal anak-anak untuk sentiasa kuat menghadapi pelbagai cabaran lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi hari ini.
Sebagai rujukan ibu bapa, berikut dikongsikan tip mendidik anak menjadi soleh dan solehah dan insya-Allah boleh menjadi kebanggaan kita suatu hari nanti.
PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
Ads
9. Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibu bapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
Ads
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
Ads
11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. @Ilham Media Kredit: Kisah Zakat Malaysia
Nak dapatkan keperluan pembelajaran anak dengan nilai yang berbaloi, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti hujung minggu yang panjang ini apa kata kita sajikan hidangan istimewa untuk keluarga. Laksam yang dimasak sendiri di rumah pastinya jadi kegilaan ramai.
Macam mana nak buat laksam yang cantik hasilnya? Tip dan perkongsian Fiza Mh yang menggunakan pinggan plastik berukuran saiz sederhana ini anda kena cuba. Memang elok hasilnya.
Wajib guna pinggan plastik ada bpa free.
Flawless teruk guys laksam ni. Sapa yang nak cuba, ini resepinya:-
Bahan-bahan:
1cwn tepung beras cap teratai
1sdm penuh tepung gandung cap ros
21/2 cawan air (cawan yang sama dengan tepung tadi)
Minyak untuk disapu pada pinggan
**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselematan dan kesejahteraan hidup kita.
Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.
Bancuh ramuan di atas kacau sampai larut dan jangan bergentel. Curah dalam pinggan yang telah di sapu minyak kemudian kukus 4-5 minit.
Kalau dah menggelembung itu tandanya dah masak.
Tunggu sejuk baru gulung ya. Buat sampai habis step ni.
Nota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.
Tidak dinafikan masakan dirumah lebih terjamin kebersihan dan lebih murah kosnya berbanding makan diluar. Jika masak dirumah kandungan nutrisi lebih terjamin terutama untuk anak-anak kecil yang sedang membesar. Namun, sekali sekala makan diluar umpama berita gembira untuk ibu-ibu yang penat seharian dengan kerja rumah, yelah boleh rehat dari memasak kan?
Sebelum singgah di kedai-kedai makan, anda perlu pastikan dulu kriteria ini ada ataupun tidak, terutama yang bawa anak kecil sekali. Perut mereka amat sensitif dan tak sama dengan orang dewasa. Ikuti perkongsian Pelakon popular, Hanis Zalikha di Instagram beliau.
Makanan yang dimasak sendiri adalah yang terbaik, tapi sekali sekala menjamu selera di luar adalah kemestian yang dapat memupuk keintiman keluarga. Bila “makan kat luar” kriteria paling penting bagi saya ialah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH.
Apatah lagi ada anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya. Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa.
Jangan tak tahu, ada cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat.
Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk dapat sijil & pelekat BeSS kena lalui pemantauan yang ketat – selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira.
Kalau melebihi 600 kalori, pengusaha makanan akan diberi khidmat nasihat macam mana nak kurangkannya. Ya.. sampai macam itu sekali jadi logo BeSS ni amat besar maknanya untuk kita gunapakai dalam memilih premis makanan!
Bagi para peniaga & pengusaha makanan pula, rugilah kalau anda masih tak ada pelekat BeSS yang dapat bantu pertingkatkan kepercayaan pengguna untuk memilih makanan awak ni.
Rugi sangat-sangat sebab dahlah kakitangan KKM sanggup turun padang untuk bantu anda pastikan hidangan yang sampai kepada pelanggan dalam keadaan Bersih, Sihat & Selamat… ianya diberi secara PERCUMA sahaja. Dah tau ni cepat-cepatlah apply, caranya hubungi je Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM melalui laman web atau Facebook mereka: BKKMHQ.
Ikan bilis rangup dengan nasi panas sememangnya buat kita makan bertambah-tambah. Pun begitu bila makan ikan bilis yang liat bukan rasa selera terbantut.
Rupanya ada cara paling senang nak rangupkan ikan bilis, seperti yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris. Hanya gunakan saja cuka dan gaulkan rata sebelum digoreng. Wajib cuba petua ini kerana sememangnya berkesan.
Meh sini nak share petua ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk digunapakai.
Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye. Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.
Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.
Renjiskan cuka ikut keperluan.
Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu.
Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Nak tahu panas atau tidak, boleh la celup jari tu. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
Dah garing, angkat dan toskan minyak.
Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.